Syukur! Husin Yang Sedang Uzur Dijaga oleh 100 Cucu dan 23 Anak

Gua Musang: Seorang anaknya, Satini, 47, berkata, mereka menjadikan rumah ayahnya di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini sebagai tempat berkumpul.

“Rahmat di sebalik ayah mempunyai anak dan cucu yang ramai kerana ketika dia sakit terlantar begini kami dapat menemaninya.

“Kami sentiasa ada untuk menjaga dia yang lumpuh seluruh badan dan tidak boleh bercakap.

“Malah, menjadi rutin untuk kami beramai-ramai membaca Yassin buat kesembuhan ayah dan memohon perlindungan-Nya,” katanya ketika ditemui di rumah Husin, semalam.

Mempunyai 23 anak hasil tujuh perkahwinan dan 100 cucu adalah rahmat terbesar buat Husin Sani yang juga bekas anggota risikan Senoi Praaq pertama di Gua Musang.

Menerusi anak dan cucunya, Husin, 81, tidak pernah merasa sunyi malah, dia yang kini terlantar selepas serangan angin ahmar, dua tahun lalu sentiasa dikelilingi mereka yang menceriakan suasana.Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang hadir menziarahi Husin sempena lawatan kerjanya ke Gua Musang.

Satini mengakui sejak ayahnya sakit, mereka tidak lagi mendengar cerita lama daripada orang tua itu terutama ketika Husin mengimbas kenangan berkhidmat dalam Senoi Praaq.

Katanya, setiap kali bercerita, Husin sentiasa bersemangat dan keberaniannya demi menjaga kedaulatan negara terserlah ketika perkongsian itu.

“Kami sunyi sejak ayah sakit kerana tidak lagi mendengar ceritanya ketika zaman dia bertugas dahulu sekitar tahun 40-an,” katanya yang memberitahu kebajikan bapanya sentiasa mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*