Syukur! Ainul Mardhiah Makin Bijak, Dah Mula Tutup Telinga Bila Dengar Ibu Membebel

Pasti ramai tahu kisah anak kecil Ainul Mardhiah yang pernah menghidap ‘Germ Cell Tumour’ sehingga mendapat perhatian negara tahun lalu.

Selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut di London, United Kingdom (UK), setahun lalu, Ainul kini sudah boleh bercakap dan semakin laju berjalan.

Lebih manis, Ainul kini bergelar kakak sekitar Julai lalu setelah ibunya Nurul Erwani Zaidi melahirkan anak kedua, Umar Abdurrahman.

Meskipun sudah setahun berlalu selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut, sehingga hari ini masih ramai yang mengikuti perkembangan dan telatah Ainul.

Ainul semakin bijak, ibu bebel pandai tutup telinga

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, ibu Ainum berkongsikan anaknya itu semakin bijak memberikan respond dengan apa yang ibunya lakukan. Malah, Ainul sudah pandai menutup telinga setiap kali ibunya membebel.

“Ainul sekarang dah pandai tutup telinga bila dengar mama dia membebel. Tak sempat nak record bila Ainul tutup telinga tu!,” tulisnya.

‘Titip doa jadi anak yang solehah’ – Netizen

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kebijaksaan anak kecil itu dan suka melihat telatahnya. Netizen tutur menitipkan doa semoga Ainul membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Dalam pada itu, ibu Ainul turut berkongsikan anaknya masih lagi menjalani terapi di pusat fisioterapi. Ujarnya, terapi tersebut banyak membantu Ainul yang kini sudah pandai berjalan dan bersosial dengan orang lain.

Sumber-Instagram via Gulapop

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*