Syed Saddiq Sahkan Parti MUDA Akan Didaftar Harini – Ini Penjelasan Beliau

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mendaftar parti politik baharunya dikenali sebagai MUDA dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), hari ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengumumkan perkara berkenaan melalui saluran radio 89.9, Breakfast Grille BFM, pagi tadi.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), menggunakan tanda pagar #MUDAsudahMULA sempena Hari Malaysia, sekali gus menimbulkan spekulasi daripada penyokongnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar terbabit pernah memberi bayangan akan menubuhkan parti membabitkan penyertaan pelbagai bangsa tetapi memberikan keutamaan kepada orang muda bagi memastikan suara dan kebimbangan golongan itu didengari.

Rentetan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti berasaskan orang muda yang digerakkan Syed Saddiq tidak akan berjaya.

 

Tun M mungkin berkias atau beliau mungkin jujur tentang kenyataan tersebut:

Sesungguhnya ini adalah satu inisiatif bagus untuk orang MUDA, ayuh kita lihat sejauh mana kehebatan Parti ini..

 

dan kami berharap, perkara ini akan menjadikan negara kita lebih proaktif dan tidak di kuasai oleh orang-orang “Tua”.

 

Sumber-Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*