Syed Ali Dedah Ini Yang Akan Berlaku Sekiranya Ahmad Zahid Tidak Dilantik Menjadi TPM

KUALA LUMPUR: Situasi akan menjadi terlalu janggal dan di luar tradisi UMNO jika Presiden parti tidak dilantik mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menegaskan, tambahan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan antara menteri Kabinet yang cukup berpengalaman untuk digandingkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengurus tadbir negara yang pada ketika ini berdepan dengan pelbagai masalah khususnya ancaman wabak COVID-19.

“Dalam isu pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Muhyiddin, penghormatan terhadap institusi UMNO perlu diberikan keutamaan.

“Sebagai menghormati jawatan Ahmad Zahid dalam UMNO yang menjadi penyumbang terbesar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin, tidak ada sebab atau kewajaran untuk beliau diketepikan.

“Lagipun dengan mengetepikan Ahmad Zahid untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, dikhuatiri akan mencetuskan kekecewaan dan kemarahan akar umbi UMNO terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin dan juga tidak baik kepada PN itu sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, pada Rabu.

Beberapa pemerhati politik sebelum ini menegaskan, perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence & supply agreement) yang diperlukan kerajaan PN bagi memastikan Belanjawan Negara 2021 lulus, bukan hadir percuma.

Mereka berkata, ketika DAP dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) lebih terbuka dalam menyuarakan permintaan mereka kepada Muhyiddin, UMNO pula mahu peruntukan yang lebih besar dalam struktur kuasa di Putrajaya.

Dalam pada itu kata Syed Ali, isu Ahmad Zahid yang sedang berdepan dengan beberapa kes di mahkamah bukan batu penghalang untuk lantikan berkenaan.
Tambahnya, prinsip perundangan menyetakan, jika belum lagi disabit bersalah oleh mahkamah, maka seseorang itu masih lagi didapati tidak bersalah.

“Mengambil contoh pelantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, kes beliau masih berjalan dan belum dijatuhkan hukuman bersalah maka sememangnya Bung boleh memegang jawatan tersebut.

“Saya berharap Muhyiddin akan mengambil kira penghormatan dan tradisi UMNO dengan tidak mengetepikan Ahmad Zahid untuk jawatan berkenaan,” ujarnya.
Beberapa media sebelum ini melaporkan, Muhyiddin kini sedang mempertimbangkan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu, sebagai timbal balas terhadap sokongan mereka untuk Rang Undang-Undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, dan kestabilan politik negara.

Dengan sokongan lebih tiga juta ahli, Zahid layak jadi TPM – Tajuddin

KUALA LUMPUR: Berdasarkan sokongan lebih tiga juta ahli, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi layak untuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pandangan itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengakui UMNO sebelum ini ada meminta supaya ahli parti itu mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Begitupun, Tajuddin menegaskan, parti itu tidaklah mendesak atau mengugut tapi meminta pemimpin UMNO yang sesuai memegang jawatan itu mengikut hierarki parti.
“Presiden kita dapat sokongan lebih tiga juta ahli UMNO dipilih oleh tiga juta ahli UMNO. Apapun perkara lain yang menjadi masalah, beliau diterima oleh UMNO. UMNO yang memilih beliau.

“Bermakna dari sokongan lebih 3 juta ahli UMNO, tak boleh dinafikan, memanglah dalam parti mana pun ada sekumpulan, beberapa orang yang mungkin tidak begitu suka pada beliau, itu satu perkara yang lain.

“Tapi majoriti menyokong beliau, jadi kita harap sebagai presiden parti, dengan sokongan begitu ramai, beliau layak untuk menjadi timbalan perdana menteri, sekurang-kurangnya,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Salak itu, sekiranya tidak menjadi masalah besar, kenapa tidak melantik seorang pemimpin dari UMNO menjawat jawatan itu kerana UMNO juga ada sumbangan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Nak kata kita gila kuasa atau kita lakukan ini kerana pangkat, kedudukan dan sebagainya. Eh, dah berapa bulan ni, kita tidak pula sibuk-sibuk pasal jawatan, pangkat dan sebagainya.
“Kita sokong apa juga dibuat untuk bela nasib rakyat tetapi jangnlah anggap UMNO ini boleh diambil mudah,” ujarnya.

Astro AWANI padi Selasa melaporkan satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Ahmad Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.

Memetik portal MalaysiaNow, surat yang dipersembahkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan tersebut sekali gus dilihat bercanggah dengan penafian yang dibuat UMNO sebelum ini berhubung surat yang tular di laman sosial, menafikan sokongan telah diberikan kepada Ketua Pembangkang itu.

Dalam perkembangan terkini, UMNO sekali lagi dilaporkan akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini di Menara Dato Onn.
Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa mesyuarat malam ini, yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.
Ini termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang sebelum ini dilaporkan sedang dipertimbangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbal balas terhadap perjanjian keyakinan dan bekalan untuk Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 kelak.

Umno sekali lagi adakan mesyuarat MT malam ini, desas desus kaitkan perbincangan jawatan TPM

UMNO sekali lagi mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada malam ini, hanya beberapa hari selepas mengumumkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Isnin.

Sumber mengesahkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan di Menara Dato Onn pada pukul 8 malam.

Sumber itu bagaimanapun tidak pasti agenda mesyuarat pada malam ini.

“Saya tidak pasti apa agendanya… hanya akan diketahui nanti dalam mesyuarat itu,” kata sumber kepada The Star.

Namun, mesyuarat khas itu dipercayai diadakan untuk membincangkan kemungkinan jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada Umno.

Sementara itu, sumber lain mengatakan bahawa Umno sedang melakukan penghitungan jumlah anggota MT yang dapat menghadiri mesyuarat pada malam ini.

“Sekiranya tidak ramai yang dapat hadir, mesyuarat harus ditunda,” kata sumber itu.

Mesyuarat MT Umno pada Isnin lalu memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP

Dalam pada itu, parti tersebut juga menegaskan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan PN. – THE STAR

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*