
PORT DICKSON: Seorang bilal di Masjid Kampung Baru Si Rusa, Ahmad Bahtin Khalid, 77, meninggal dunia ketika azan Subuh berkumandang pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, arwah dikatakan sedang membetulkan sejadah sebelum tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.
Pengerusi masjid, Tusiran Pesan, berkata berdasarkan jadual giliran, arwah Ahmad Bahtin sepatutnya melaungkan azan pagi tadi tetapi azan dilaungkan seorang lagi bilal masjid.
“Ketika azan Subuh hampir selesai, arwah tiba-tiba rebah. Arwah meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya kepada BH ketika ditemui, hari ini.
Seorang jemaah, Hashim Kamarudin, 57, berkata arwah rebah ketika sedang membetulkan sejadah.
“Ketika itu saya terus menerpa dan memangku arwah serta mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah.
Arwah seorang yang baik, tidak banyak cakap dan selalu solat jemaah di masjid ini kerana dia juga sering melaungkan azan. Kematiannya amat dicemburui,” katanya.
“Selepas solat subuh, ahli jawatankuasa masjid menghubungi ambulans dan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan arwah meninggal dunia.
Selepas solat Subuh, jenazah arwah di bawa ke rumahnya di Lorong Hj Khalid tidak jauh dari masjid.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Pinang selepas solat Zuhur.
Sementara itu, arwah meninggalkan seorang isteri berusia 68 tahun dan sepasang anak berusia 40-an.
sumber – wowberita
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply