Subhanallah! 21 Tahun Berkahwin Tanpa Zuriat. Pasangan Ni Dikurniakan Cahaya Mata Yang Comel. Ini Kaedah Yang Digunakan Buat Netizen Sebak

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengharapkan kehadiran anak sebagai pelengkap dan penyeri dalam rumatangga.

Namun rezeki mendapat cahaya mata sama ada cepat mahupun lambat adalah ketentuan daripada Nya.

Bagi pasangan ini, mereka terpaksa menunggu selama 21 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata.

Pasangan berasal dari Madura, Indonesia, Somidi, 51, dan Su’udiyah, 44,  akhirnya mendapat anak pertama menerusi kaedah bayi tabung uji (Persenyawaan In Vitro (IVF)

Bayi perempuan yang lahir pada 1 Disember lepas kemudiannya dinamakan sebagai Aisyah.

Ikuti perkongsian doktor pakar kesuburan IVF Dr. Benediktus A di Instagram mengenai pasangan ini.

21 YEARS OF WAITING!!
Welcome December! Disember 2020 saya ini barangkali salah satu yang paling bermakna. One of my remarkable moments. Tuhan sangat baik, begitu baik! Saya semakin menyedari kenapa saya diizinkan menjadi Spesialis Kebidanan & Kandungan.

Untuk menyaksikan kemuliaanNya : Bayi Aisyah yang cantik untuk Ibu Su’udiyah (44th) & Bapak Somidi (51th). Su’udiyah berhasil hamil dengan program bayi tabung uji. Ini adalah kehamilannya pertama. Saya berkongsi kisah ini agar kita #neverlosehope,never!

Mereka menunggu selama 21 tahun. Bayangkan 21 tahun! Tuhan akhirnya menjawab ketaatan, ketekunan dan keimanan mereka yang luar biasa. Tidak banyak pasangan boleh bersama selama 21 tahun saling menyokong danmenguatkan agar tidak patah harapan memiliki buah hati.

Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang sangat tidak mudah. Mereka tinggal 15 km di luar kota Sumenep, Dusun Pakondang Daya namanya, Madura. Enam jam perjalanan dari Surabaya. Demi menemui saya untuk konsultasi atau tindakan di pagi hari, mereka berangkat naik bus pukul 2.00 pagi. Bayangkan panjang ritual bayi tabung uji dan dituntut untuk tepat waktu dalam suntik dan lain-lainl. Sehari-harinya mereka berjualan keripik singkong di Komplek Asta Tinggi.

Menurut sahabat saya, Dr. Rahmi SpOG yang bertugas di Sumenep, mereka datang menemui kami di @morulaivfsurabaya. Proses #bayitabung mereka seperti pesakit lainnya. Setelah mendapat embryo pun, mereka harus menunggu hampir setahun sebelum berjaya dan dipindahkan ke dalam rahim.

Setahun ini mereka dengan sabar berulang alik ke Morula. Sabar menanti rahim yang belum bersedia. Dalam setiap pertemuan mereka mengikuti protokol dengan tekun didampingi jururawat @alfie.ivf

Ketika berjaya hamil, saya masih ingat momen penuh haru tersebut, tidak banyak kata, tapi penuh titisan air mata bahagia.

Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan suatu kebetulan semata. Melainkan bahagian suatu rencana Yang Maha Kuasa yang saya yakin akan indah pada waktunya bagi kita semua. Semoga itu pertanda agar saya dan KITA #SPREADKINDNESS lebih luas lagi. Berkongsi bahagia dan harapan untuk semua.

SELAMAT DATANG KE DUNIA BABY AISYAH 01.12.2020

Jadi buat pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya mata, jangan putus harapan. Banyakkan berdoa dan teruskan berusaha. Rezeki anak pasti akan hadir tiba tepat pada waktunya.

 

Sumber – wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*