Suami Orang Kena Cekup Khalwat Dengan Wanita Lain, Namun Alasan Yang Diberikan Memang Tak Masuk Akal

Kulim: Wanita yang dicekupp berkhalwat dengan suami orang memberi alasan hanya makan sate dalam Toyota Vios yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang melakukan rondaan di kawasan itu lebih dua jam sebelum pasangan itu dicekupp jam 10.40 malam.

Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Muhammad Suhaimi Saleh berkata, terdahulu anggotanya melakukan r0ndaan dan ternampak kereta diparklr di kawasan gelap di situ.

Katanya, r0ndaan dilakukan berikutan maklumat awam yang diterima memaklumkan pasangan itu sering dilihat berdua-duaan di dalam kereta.

“Pasangan itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa PADK dan pemeriksaan juga mendapati cermin tingkap seluruh kenderaan itu dipasang pelindung cahaya.

“Pasangan itu gagal mengemukakan sebarang d0kumen membuktikan mereka suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyakl berkhalwat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 52 tahun dan masih berstatus suami orang itu mempunyai tiga anak dan bekerja di sebuah syarikat utiliti di daerah ini.

Katanya, wanita berusia 26 tahun itu pula baru bekerja di syarikat sama pada Februari lalu dan masih belum berkahwin.

Beliau berkata, pasangan itu memberi alasan tidak buat apa-apa cuma makan sate ketika berdua-duaan dalam kereta berkenaan.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tlndakan lanjut.

“Lelaki itu dipercayai menetap di daerah ini manakala wanita itu pula berasal dari Sungai Petani dan menetap di rumah sewa di sini,” katanya.

 

Sumber – Onlinemalaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*