SPRM Rampas 4 Kereta Mewah Milik Pegawai Kerajaan Gred KP19. Ini Butiran Lain Yang Turut Dirampas

PUTRAJAYA: Gaji minimum seorang pegawai kerajaan Gred KP19 ialah sebanyak RM1,360 manakala pendapatan maksimum sehingga RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun tidak memungkinkan seseorang itu memandu kenderaan mewah.
Apa lagi kereta berjenama Roll Royce Phantom, Mustang dan Range Rover serta Audi yang dimiliki pegawai yang berjawatan di gred berkenaan tentu sekali mengundang tanda tanya ramai.
Bertitik tolak pada keraguan itu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati, pemilikan kenderaan-kenderaan tersebut oleh seorang pegawai Jabatan Imigresen membawa kepada tumpasan sindiket pemalsuan cap sempadan.
Pegawai berkenaan kini ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurut sumber, siasatan SPRM dalam OP SELAT mendapati sindiket membelanjakan jutaan ringgit bagi menyogok pegawai dan anggota Jabatan Imigresen sejak beberapa tahun.
“Apa yang mengejutkan ialah bagaimana seorang anggota imigresen Gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah iaitu Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.
“Kereta-kereta ini didaftarkan atas nama dua warga China yang dipercayai ejen pekerja asing China yang beroperasi di Malaysia dan dua ejen lelaki tempatanm,” kata sumber itu.
Sumber berkenaan juga berkata, SPRM telah mengenal pasti identiti keempat-empat warga China itu dan rakyat tempatan yang terbabit serta sedang mengesan kesemua mereka.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Setakat ini, seramai 50 orang telah ditahan dalam OP SELAT dan 28 daripada mereka merupakan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.
SPRM turut meampas wang tunai berjumlah lebih RM800,000, 26 buah kereta mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi telah dirampas.
Rampasan juga tidak termasuk nilai rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.
Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*