SPRM Ambil Keterangan Lima Selebriti, Mungkin Ada Kaitan Dengan Aktiviti ‘Cuci Duit’. Siapakah Mereka?

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil lima selebriti semalam termasuk seorang daripadanya dipanggil kali kedua selepas didapati kemungkinan perniagaan dijalankan mereka ada kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ didalangi Alvin Goh dan orang kanannya, Addy Kana.

Menurut sumber, mereka ini terdiri pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara termasuk seorang wanita yang juga bekas isteri kepada pelakon dipanggil bagi membantu dan melengkapkan siasatan mengenai pengubahan wang haram.

“SPRM juga akan memanggil seorang lagi pengacara wanita selepas menemui bukti dan pembabitannya menerima dana daripada sindiket terbabit.

“Mereka yang dipanggil semalam ada menjalankan perniagaan dan dipercayai mempunyai kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ didalangi Alvin Goh dan orang kanannya, Addy Kana hasil menjalankan kegiatan haram itu,” katanya kepada Harian Metri.

Sumber berkata, seorang daripada mereka sudah kali kedua dipanggil untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kes ini.

“Siasatan awal SPRM mendapati mereka kemungkinan menerima dana daripada sindiket terbabit namun masih dalam siasatan.

“Jika siasatan mendapati ada menerima dana itu akaun dan aset mereka akan dibekukan bagi membantu siasatan,” katanya.

Semalam lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi serta pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan artis serta selebriti disyaki terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram Macau Scam enggan tampil membantu siasatan walaupun masa dan peluang sudah diberikan.

Sumber berkata, walaupun sebelum ini SPRM meminta individu pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk tampil, belum ada berbuat demikian.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*