
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun tiba-tiba naik angin dengan sikap kurang ajar Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menggelar peraturan yang dibuat oleh timbalannya, Datuk Seri Azalina Othman Said adalah bodoh.
Azhar yang tidak dapat mengawal perasaan itu bercakap dalam nada tinggi dan keras dengan menyuruh Ahli Parlimen DAP itu keluar dewan dengan segera.
Kejadian berlaku ketika Azhar sedang menjelaskan mengenai peraturan kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan yang mendesak Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) memonon maaf berkaiatan isu ‘DG takut mati’ ketika King Sing membangkitkan isu Ketua Pengarah Kesihatan tidak turun ke Sabah ketika pendemik COVID-19 melanda semalam
“Saya sudah perhalusi handsard dan dapati Timbalan Spekaer sudah buat peraturan dan menurut Peraturan 143, ia sudah muktamad dan saya tidak ada kuasa hendak revisit (lihat semula),” katanya.
“Tapi itu ruling yang bodoh.” kata Lip Eng yang mencelah tiba-tiba.
“Jangan bersekongkol dengan Bintulu,” jawab Lip Eng.
Azhar menyuruh Lip Eng duduk beberapa kali dan mengetuk mejanya sebanyak tiga kali.
“Kamu keluar?,” sejurus selepas itu dan Ahli Parlimen DAP itu menjawab Speaker yang patut keluar.
“Kamu keluar dua hari sekarang, kamu sudah lebih,” kata Azhar.
“Siapa yang lebih,” balas Lip Eng.
“Kamu diam sekarang dan keluar. Saya panggil polis.
“Saya gantung lagi lima hari semuanya. Setiausaha Dewan tolong panggil polis,” kata Azhar sambil kelihatan Bentara Dewan menghampiri Lip Eng untuk membawanya keluar dari dewan.
Azhar menjelaskan kepada Guan Eng sekali lagi, beliau sudah memperhalusi handsard bahawa timbalan speaker sudah membuat peraturan bukan sekali tetapi berapa kali.
“Walapun Timbalan Speaker, kuasa beliau macam Speaker kerana beliau yang mempengerusi dewan semalam. Saya tidak tak boleh overruled (mengatasi) , tak bagus dan tidak baik. Kalau hendak bahas semula peraturan itu, perlu ada usul pesendirian,” katanya.
VIDEO PENUH:
Sumber : Malaysia Gazette via awattsyeikhh
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply