Soffwany Akhirnya Dedahkan Apa Yang Raji Afiq Dah Lakukan Terhadapnya!

Pelakon Raja Afiq tidak melihat jarak umur itu sebagai penghalang untuk dia dan Soffwany Yusoff mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina meskipun isteri lima tahun lebih tua darinya.

Afiq, 26, berkata, umur hanyalah angka dan dia tidak malu mengakui pernah berkawan dengan ramai wanita yang lebih berusia sebelum ini.

” Berbeza hanya lima tahun… tiada masalah usia kerana saya rasa pengalaman dan sejarah saya sebelum ini memang dengan wanita lebih berusia.

” Tentang Soffwany… saya jarang jumpa perempuan lembut, bila tengok dia terus tertarik dan rasa menyenangkan hati. Dia pun faham dengan kerja kita dalam industri ini, jadi banyak keserasian kami.

” Tengok Soffwany terus rasa nak kahwin. Saya mula serius kenal dia pada awal tahun ini, walaupun perkenalan singkat bermula awal tahun tapi rasa macam dah lama kenal!,” katanya kepada mStar.

Raja Afiq dan Soffwany, 31, bernikah secara tertutup di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana untuk kenalan dan media di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Bakal Kahwin Raja Afiq, Soffwany Yusoff Dedah Kisah Putus Tunang | Iluminasi

 

Sementara itu, Soffwany yang bertugas sebagai Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dia akan meneruskan kerjaya sebagai anggota badan beruniform itu.

Soffwany akan teruskan kerjaya sebagai anggota PDRM.

” Selepas kahwin saya akan teruskan tugas sebagai anggota PDRM… tapi dalam masa sama saya masih aktif dalam bidang nyanyian dan tiada masalah untuk saya penuhi undangan nyanyian jika jadual itu bersesuaian.

” Suami juga tidak melarang saya untuk teruskan kerjaya sampingan sebagai penyanyi kerana dia pun orang industri dan memahami kerjaya ini,” ujarnya.

 

Sumber – Asiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*