“Setiap Keluarga Di Sabah Akan Dapat Tanah 5 Ekar Jika Parti Warisan Menang” – Janji Terbaru Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan kepada rakyat Sabah untuk memberikan geran tanah sebanyak lima ekar bagi setiap keluarga di negeri itu.

Keyakinan itu akan dikotakan sekiranya pengundi di Sabah memberikan kuasa kepada sekali lagi untuk mengemudi kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Malah kata penyandang Ketua Menteri Sabah berkenaan, rakyat di sini tidak memerlukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mahupun Bantuan Prihatin Nasional.

 

“Kita tidak mahu BR1M, orang Sabah tidak perlukan BR1M…Orang Sabah tidak perlu bagi bantuan Prihatin.

“RM1,000, RM2,000 untuk belanja satu tahun kita tak perlukan RM1,000 untuk setahun.

“Kita perlukan kerja yang menjana berpendapatan setiap bulan untuk kewangan,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Sabah Hakka Hall, di sini, hari ini.

“Bagi satu keluarga tiga ekar, bagi satu keluarga lima ekar. Kalau satu ekar tanah bernilai RM10,000, lima ekar RM50,000 ia lebih baik daripada nilai BRIM.

“Dan dia boleh simpan seumur hidup tapi kalau BR1M dapat RM1,000, Prihatin dapat RM500 berapa kali (guna) boleh habis,” jelasnya seperti rakaman video Malaysia Gazette.

Sebulan lalu, Shafie menjelajah Sabah untuk menyampaikan geran tanah adat kepada penduduk kampung di daerah tenggara Tawau (318 NT) dan Lahad Datu (352 NT) dan menyampaikan 399 geran NT di hujung utara Kudat.

Shafie mendakwa kerajaan negeri sebelum ini melabel tanah adat sebagai hutan simpan hanya untuk tujuan pembalakan dan melucutkan hak penduduk.

Sumber – Wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*