Setelah Tun M Tolak Cabaran Berdebat Dengan Najib, Kini FB Beliau ‘Diserang” Netizen

“Tun M, sahut lah cabaran debat Najib, kes mahkamah tu soal lain.” Begitulah luahan netizen setelah bekas Perdana Menteri Ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak cabaran debat oleh bekas Perdana Menteri ke-6 iaitu DS Najib Razak.
Semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mencabar Ahli Parlimen Langkawi itu untuk berdebat.
Najib ketika menjawab komen yang diberikan pengguna Facebook berkata pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan Mahathir.
“No problem. Masa saya PM, dia ajak debat saya tak mahu.Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.
“Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu. Anytime!,” katanya.
Berikut adalah sebahagian daripada komen-komen netizen yang kecewa kerana tidak dapat melihat sendiri acara debat yang semestinya amat bersejarah ini:
Shahizan Harun: 
Pejuang apa penakut jangan banyak beri alasan, dulu kini dan selamanya merosak perpaduan umat, menipu….
Rasdan Affandi:
Tun sahut la cabaran DSNR…Kes mahkamah tu soal lain…Kami nak dengar jugak hujah tun yang hebat tu…Takkan dengan DSN pun tun tak berani. Mesti ada sesuatu yang lain yang menyebabkan Tun tak nak sahut cabaran DSNR. Kalau masa berkempen, nama DSNR je yang Tun zikirkan. So, ini lah masa untuk Tun berhujah secara berdepan dgn tuan punya badan. Dsn pun tentu banyak benda nak tanya Tun tu..
Norhisyam Mohamad:
Atok takut nanti hanya sebut…NAJIB..NAJIB..NAJIB..NAJIB..NAJIB…NAJIB
Mohd Noordin:
Memang tak la.. Mahathir tak ada fakta tapi banyak auta.
Aqim Ramli:
Hal Najib dengan mahkamah biar dia settlekan.. selama Tun berkuasa asyik salahkan Najib je .. ni dia dah open table kami semua nak dengar
Khairul Azhar:
Ok la berdebat. dua dua mantan pm. Kita boleh nilai. Dua-dua sekarang takde kuasa. Takkan nak ajak debat yang ada kuasa je? Nak tunjuk yang ada kuasa kalah debat tu salah or tak dapat dpt jawab, so rakyat boleh komen pelik-pelik? Sementara dua-dua takde kuasa sekarang, debat la. Nak tengok siapa menang dengan fakta.
Biswardi Hasbi:
Dulu orang tua ni suka redah program orang. Sekarang ni bila dah sama-sama tak jadi PM debat lah.. Setakat cakap boom bang boom bang dalam media sosial buat apa? Debat lah depan-depan.
Francis Lim:
Debat la supaya kita tahu jalan cerita masing-masing, mari kita tengok siapa yang Debat lari tajuk, yang kalau selalu mula cerita keluar tajuk.
Mazlan Abdullah:
Kalau telah didapati bersalah kenapa masih bebas kesana kesini berkempen di PRN Sabah dan boleh pulak masuk dalam dewan Rakyat.
Zanaria Mislah:
Scare already? Ni bukan pasal kes mahkamah bagai. Ni pasal isu ekonomi dan nasib rakyat Malaysia. Tun pernah kisah ke pekebun kecil, nelayan, org felda, drebar taxi semua? Pernah ke? Pernah pergi lawat ceruk kampung? tak pernah kan? Tun jadi PM banyak kali. Yang last jadi PM 7 dan interim pun busy pergi oversea. China Jepun UK. Kitorang dapat apa bila Tun dok keluar oversea banyak kali? Kitorang dapat apa? Tun, kitaorg tau Tun tak kisah langsung dengan orang miskin. Tun kaya. Tun bawalah harta benda Tun kat Kubur Makam Pahlawan nanti.Takyah kisah kitorg yang miskin ni. Bukan soal kitorang usaha atau tak usaha tapi apa yang Tun buat untuk rakyat jajahan Tun selama ni? Harga sawit teruk jatuh sepanjang Tun ada kuasa. (saya cerita bab sawit sebab pekebun kecil sawit macam kitorang itulah hasilnya). Jangan suruh kami buat bisnes online sawit pulak atau suruh kami minum 1 sudu sawit. Itu gonjol namanya!!
Haris Muda:
Ada telur ka… Orang jual kita beli… Nqk tengok juga IQ tun… Dulu masa Tun alam maya tiada lagi.. Nampak bernas la apa yang Tun kata.. Orang sekeliling yes kan saja… Tiada komen dari netizen..
Bukan nak laga-lagakan.
oleh: TunCarlos.com
Sumber – Tun Carlos

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*