Setelah Khabar Angin Letak Jawatan Tersebar, Ini Keadaan Terkini Muhyiddin

Home Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at a press conference after special meeting on the Johor causeway congestion issue at the Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex here on Sunday (Dec 1).

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan tenang dan pertemuannya dengan anggota Jemaah Menteri malam tadi bertujuan membincangkan agenda dalam melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber memberitahu, suasana perbincangan berjalan lancar dan anggota Jemaah Menteri akan meneliti titah baginda dalam mesyuarat khas Kabinet esok pagi.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, sumber berkenaan juga menafikan Muhyiddin membuat keputusan untuk meletakkan jawatan apabila cadangan Jemaah Menteri supaya darurat diisytiharkan telah ditolak oleh Seri Paduka Baginda selepas bermesyuarat bersama Raja-Raja Melayu.

Sebaliknya, beliau berkata, titah Seri Paduka Baginda itu telah memberi jalan yang luas kepada Muhyiddin untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri tanpa gangguan politik.

Katanya, ini adalah kali ketiga Al-Sultan Abdullah mengingatkan semua pihak supaya berhenti bermain politik dan menumpukan sepenuh .

Selain Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda turut memanggil Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah Kesihatan dalam perbincangan yang bermula jam 2.30 petang tadi dan berakhir kira-kira tiga jam selepas itu.

Istana Negara dalam kenyataan menyusl selepas perbicangan itu memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan memerangi wabak Covid-19.

Tiada keperluan isytihar darurat, titah Agong
Al-Sultan Abdullah juga mengingatkan ahli politik supaya berhenti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Tegas baginda, Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

Parlimen akan bersidang pada 2 November ini manakala Belanjawan 2021 pula dijadual dibentang pada Jumaat, 6 November.

Kabinet bincang lebih lanjut titah Agong, kata Muhyiddin

Muhyiddin dalam kenyataannya berkata, keutamaan Kabinet beliau sekarang ini adalah memerangi pandemik Covid-19 dan melindungi rakyat.

Kabinet bincang lebih lanjut titah Agong, kata Muhyiddin.

Kuala A LUMPUR- Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jemaah menteri mengambil maklum keputusan Yang di-Pertuan Agong yang bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini.

“Jemaah menteri akan berbincang lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhyiddin, beliau menjunjung kasih ke atas keputusan yang telah dibuat Yang di-Pertuan Agong serta menyambut baik nasihat baginda bahawa kestabilan negara tidak harus diganggu-gugat. -MalaysiaGazette

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

1 Comment

  1. Harap PM TSMY akan mneruskan ptadbiran Negara dan dpt mbendung serta meletakkan bumi Malaysia bebas dr C19 …Anggap shj semua ini ujian n cabaran Dr Allah pd Abah,sy yakin Abah mampu lakukannya dgn baik..Dlm masa sama jgn ketepikan pandangan rakan PN yg lain utk kebaikan rakyat tcinta…PN pimpinan Abah akan bjaya slg terus duduk bbincang bsama dan blaku adil pd semua dlm gabungan kerajaan Abah..Dan yg pasti Allah akan bsama2 org yg benar….insyaAllah ..secara peribadi sy suka Abah pimpin Negara ini,dan pcya jg ramai rakyat d luar sana sependapat dgn sy…JD go Abah!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*