“Seri Perdana Patut Ditukar Menjadi Seperti White House” – Zahid

Muhammad Zahid Md Arip yang juga merupakan senator harini mencadangkan kepada dewan rakyat agar Seri Perdana, iaitu kediaman rasmi bagi Perdana Menteri, di naik taraf seperti White House di Amerika Syarikat. Di samping itu, 10 Downing Street di England juga mempunyai fungsi yang sama seperti White House.

Zahid Md Arip yang merupakan Anggota Dewan Negara yang dilantik Bersatu, berkata, beliau khuatir jika Seri Perdana hanya berfungsi sebagai kediaman bagi perdana menteri seperti yang berlaku sekarang ini, maka akan terdapat kerugian besar disitu memandangkan di situ terdapat ruang yang besar di samping lokasinya berada di kawasan yang sangat strategik.

Beliau berkata sedemikian ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong pada persidangan dewan Negara hari ini.

Kompleks Sri Perdana yang kini didiami oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang ke 8, dibina pada tahun 1997 yang mempunyai keluasan tanah lebih 42 ekar dan telah siap dibina pada tahun 1999

Kompleks itu dibina ketika era Tun Mahathir ketika beliau bersama parti Barisan Nasional

Dalam pada itu, Senator dewan negara itu juga menambah, satu Akta harus diwujudkan bagi melindungi kepentingan komples tersebut

 

sumber – malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*