Seorang Wanita Muslim Masak Nasi 14 Cawan Demi Anj1ng Jalanan Yang Terbiar. Rupanya Ini Yang Membuatkan Beliau Melakukan Perkara Itu

Kuala Lumpur: Simpati terhadap anjing jalanan yang sering mencari sisa makanan dalam tong sampah membuatkan seorang wanita nekad membantu haiwan itu di sekitar rumahnya dekat Semenyih, Selangor.

Nurul Fatin Junaidi, 22, berkata, walaupun pada mulanya timbul rasa takut dikejar dan digigit anjing namun dia tetap memberanikan dirinya.

 

“Pada mulanya, terdetik memberi makan kepada dua anjing yang saya jumpa berteduh di bawah lori ketika hujan.

 

Saya masak lima cawan nasi dan gaulkan bersama ikan dan ayam. Selepas beberapa hari timbul keinginan memberi makan kepada anjing lain,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia kini memasak 14 cawan nasi setiap hari dan membungkusnya menggunakan pembungkus makanan untuk diberi kepada 20 anjing jalanan di sekitar rumah.

“Saya juga sering memberi makan kepada kucing jika terserempak di kaki lima atau restoran.

“Saya memberi makan kepada mereka sehari sekali sama ada waktu petang atau malam ditemani suami, Ridhauddin Fuad Rohaimey, 23,” katanya.

Katanya, dia turut berkongsi video memberi makan kepada anjing jalanan itu di Instagram dan TikTok.

“Perkongsian itu sekadar berkongsi rutin harian saya dan suami namun disalah erti segelintir warganet di ruangan komen.

“Sesetengah warganet memberi tanggapan negatif kepada perkongsian di TikTok disebabkan saya membungkus nasi di atas kertas terpakai.

“Saya akan menunggu anjing itu habis makan sebelum beredar dan membuang pembungkus makanan ke dalam tong sampah dan bukanlah membiarkannya di jalanan,” katanya.

Nurul Fatin berkata, tidak mempedulikan komen negatif dan tidak serik memberi sedekah kepada haiwan jalanan sejak dua minggu lalu.

“Selepas perkongsian itu tular, ramai yang memberi mesej menerusi Instagram mahu menyumbang sedikit wang dan makanan untuk sama-sama membantu anjing dan kucing jalanan.

“Wang yang diberi itu saya akan manfaatkan sepenuhnya bagi membantu lebih banyak kucing dan anjing jalanan,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Nurul Fatin mendapat perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naiknya itu, terlihat dua anjing teruja dengan kehadiran Nurul Fatin sehingga menjilat tangannya tanpa disedari.

Katanya, selepas melihat rakaman itu kembali, dia terus menyertu bahagian tangan yang terkena jilatan anjing.

 

Sumber – hmetero

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*