Seorang Wanita M4ut Serta Merta DIhempap Sebuah Kereta Yang Terhumban 6 Meter Dan Menghempapnya. Ini Rupanya Punca Kejadian Yang Buat Ramai Terkejut

GEORGETOWN – Wanita maut dalam keadaan menyayat hati selepas dihempap sebuah kereta yang terjatuh dari tempat meletak kereta setinggi enam meter di Kondominium Green Land Park, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, mayat Kim Hui Ping, 49 ditemukan di bawah kereta jenis Toyota Vios dengan kecederaan parah pada seluruh anggota badan.

Kereta terbabit dipandu seorang warga emas berusia 71 tahun yang cedera dan turut tersepit di dalam kenderaannya.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak, Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.54 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian mendapati pemandu kereta berada dalam keadaan tersepit di dalam kenderaannya.

“Anggota memberi rawatan awal kepada pemandu kereta terbabit sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang manakala mangsa yang dihempap dilaporkan mati di tempat kejadian.

“Usaha membawa keluar mayat wanita itu mengambil masa kurang 15 minit dan diserahkan kepada pasukan polis untik tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Kereta tersebut diperayai hilang kawalan adn merempuh tembok penghadang jalan yang kemudian menhgempap mangsa tersebut.

 

Sumber – UTUSAN ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*