Seorang Pelajar Tingkatan 5 Meningg4l Disebabkan Dilanggar Pemandu M4BUK.. Ini Penjelasan Padu PDRM…

KUALA LUMPUR – Ada lagi nyawa melayang gara-gara pemandu mabuk.

Kali ini, seorang pelajar sekolah menengah meninggal dunia apabila menjadi mangsa kemalangan melibatkan pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Dzulkifly Yahya berkata, kejadian berlaku awal pagi semalam sekitar jam 3 pagi di Jalan Raja Laut.

Kejadian itu melibatkan dua kenderaan iaitu penunggang motosikal Yamaha Y15 dan pemandu kenderaan Myvi berwarna silver.

“Dalam kejadian berdekatan Public Bank menghala ke Jalan Ipoh itu, pemandu kereta Myvi dari susur jalan Sri Amar (Chow Kit) tiba-tiba mengubah haluan secara melintang untuk memasuki lorong Tiong Nam.

“Pada masa yang masa penunggang motosikal dikenalpasti sebagai remaja berusia 17 tahun yang bergerak lurus di Jalan Raja Laut terkejut kehadiran Myvi secara tiba-tiba sebelum telah melanggar pintu sisi depan kiri.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa seorang pelajar yang masih bersekolah jatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan polis mendapati mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli merupakan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat.

Tambah beliau, pemandu Myvi itu berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pelatih anjing ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, susppek telah dilibatkan dalam ujian EBA iaitu mengukur tahap kandungan alkohol dalam badan dan bacaan menunjukkan 165miligram /100mililiter melebih had yang ditetapkan pihak berkuasa di atas jalan.

Suspek direman untuk siasatan lanjut selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes dikendalikan oleh pegawai penyiasat Inspektor Vishnuhindran Arumugam

Sumber .-MalaysiaGazette via wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*