Selain Baiki Payudara, Safiey Ilias Nak Buat Mata Ala Patung Barbie! Lepas Ni Apa Lagi?

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.

“Prosedur akan dibuat dalam bulan ini. Barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu sampai dulu. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.

“Dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” katanya.

Menurut Safiey yang popular menerusi lagu Syinta Gila, dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.

“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.

“Doktor faham kehendak saya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.

“Cuma, jikasaya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi. Kalau nak sesi siaran langsung Instagram tak cantiklah,” katanya.

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan hingga mencecah jutaan ringgit. Ia membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*