Sejurus Agong Isytihar Darurat Sebentar Tadi, PM Muhyiddin Terus Buat Satu Pengumuman Penting

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan pengisytiharan d4rurat di parlimen Batu Sapi “hanyalah bertujuan untuk memb4tal dan menangguhkan PRK Batu Sapi demi melindungi ny4wa rakyat.”

“Kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan perisytiharan d4rurat ini.

“Tidak ada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera di Batu Sapi.

“Pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baru dan peraturan serta SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang berkuatkuasa di negeri Sabah,” katanya dalam perutusan khas mengenai PRK Baru Sapi hari ini.

Perdana menteri hari ini menjelaskan keputusan kabinat pada 13 November untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya “mengisytiharkan darurat di Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi, Sabah di bawah Perkara 150 yang dibaca bersama Fasal (1) dan (1A) Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.”

Dalam membuat pertimbangan ini, Muhyiddin berkata kabinet mengambil kira kesan penularan Covid-19di negeri Sabah susulan Pilihan Raya Negeri (PRN Sabah yang diadakan pada bulan September yang lalu.

“Data menunjukkan pada 12 September 2020, iaitu pada hari penamaan calon PRN Sabah, kes kumulatif Covid-19di Sabah berjumlah 808 kes. Pada 26 September, iaitu pada hari mengundi, kes kumulatif Covid-19 di Sabah telah meningkat kepada 1,547 kes, iaitu peningkatan sebanyak 91.5 peratus.

Situasi penularan Covid-19di Sabah menjadi lebih buruk apabila peningkatan berlaku secara mendadak dalam tempoh 4 minggu selepas hari mengundi. Pada 24 Oktober 2020, Sabah mencatatkan 11,285 kes kumulatif dan menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan jumlah kes Covid-19melebihi 10,000 kes.

“Hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes kumulatif Covid-19yang tertinggi di negara ini, iaitu sebanyak 24,269 kes dengan 181 kematian,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata kerajaan Perikatan Nasional memberi jaminan bahawa apabila pandemik Covid-19 berakhir, PRK Batu Sapi akan diadakan dengan kadar segera “tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.”

“Apabila PRK diadakan kelak, para pengundi akan dapat melaksanakan hak demokrasi masing-masing dalam keadaan yang lebih selamat, aman dan tenteram,” jelas beliau lagi.

Alamat tak lengkap sulitkan undi pos PRK Batu Sapi, maklum Istana Negara

Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi, pelbagai kumpulan seperti NGO pemantau pilihan raya Bersih telah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memperluas kemudahan pengundian pos kepada semua rakyat Malaysia agar pilihan raya dapat berjalan dengan selamat di tengah-tengah wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Istana Negara hari ini mengatakan data SPR menunjukkan bahawa hampir separuh pengundi Batu Sapi mempunyai alamat yang tidak lengkap, yang akan menyulitkan langkah tersebut.

“Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, jumlah pemilih berdaftar P.185 Batu Sapi adalah 32,962 orang dan sejumlah 3,170 orang daripadanya beralamat di luar bahagian Parlimen ini, termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

“Di samping itu, dianggarkan sejumlah 16,000 pemilih beralamat umum, iaitu tiada nombor rumah, dan akan menyukarkan pelaksanaan Undi Pos,” maklum Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin pada satu kenyataan.

Beliau berkata perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk pengisytiharan darurat juga dibuat selepas “mengambil kira jumlah pemilih berdaftar yang tinggal di luar bahagian P185 Batu Sapi yang dijangka akan merentas daerah dan negeri untuk pulang mengundi.”

Dengan pengisytiharan darurat ini, PRK Batu Sapi ditunda ke suatu tarikh lain kelak.

Penamaan calon PRK Batu Sapi pada awalnya dijadual berlangsung Isnin minggu depan manakala hari mengundi pada 5 Disember.

 

Sumber – Trending sangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*