“Sedih Ayah Dah Takde Tangan, Namun Bersyukur Sebab Masih Hidup” – Anak Sulung Mohd Sis Luah Sesuatu Buat Netizen Sebak

” Melihat keadaan ayah yang sudah hilang sebelah tangan, memang rasa sangat sed1h tetapi saya dan keluarga tetap bersyukur ayah masih lagi bernafas,”

Itu luahan Haikal Mohd Sis, 20, anak sulung pekerja selia selenggara jalan, Mohd Sis Latif, 55, yang diI4nggar lori ketika bertugas membaik pulih jalan di Lebuhraya Pasir Gudang, kelmarin.

Menurutnya dia dimaklumkan ayah terlibat dalam kmIngan daripada ibu yang mendapat panggilan daripada rakan sekerja pada hari kjdian.

” Saya tidak sangka ayah kmIngan seperti itu. Saya ingat ayah kmIngan motosikal.

” Alhamdulillah ayah masih bern4fas walaupun tangan kanan ayah terpaksa dipo-t0ng dari paras siku ke bawah.

” Apabila ayah sedar memang dia terk3jut lihat tangan sudah tiada.

” Kami sekeluarga redha tetapi saya faham ayah adalah insan yang paling sedih kerana dia yang merasa kehilangan anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Haikal, dia bersama ibu serta adik berusia 17 tahun akan bergilir menjaga ayah yang masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Katanya ayahnya menjadi tunjang utama keluarga dan dibantu ibu yang bekerja sebagai kerani untuk membesarkan mereka tiga beradik termasuk adik bongsu berusia 10 tahun.

Sedih tak boleh gambar dengan kata-kata

” Sedih itu tidak boleh digambar dengan kata-kata sebab ketua keluarga yang selama ini membesarkan kami tiga beradik dengan kudratnya, kini sudah tak ada tangan untuk terus bekerja menyara keluarga.

” Ayah sudah sedar. Boleh bercakap tetapi dia tidak ada cerita lagi mengenai kmIngan itu.

” Pada saya asal ayah selamat sudah bersyukur sangat kepada Allah.

” Mengenai pemandu lori yang I4nggar ayah itu, serah kepada pihak berkuasa,” katanya yang masih dalam latihan industri selepas sesi pembelajaran Sijil Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Melaka.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut menghulurkan bantuan segera wang tunai RM500 kepada pekerja Mohd Sis.

MAINJ bersama Setiusaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani melawat Mohd Sis dan rakan sekerjanya, Izwan Maulana Buang yang cedera di kaki kanan di HSI, semalam.

Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khairul Nizam Mat Said berkata, pihaknya akan membantu Mohd Sis mengikut keperluannya.

Katanya sekiranya perlu bantuan sara hidup bulanan akan diberikan.

” Sekiranya Mohd Sis tidak mampu bekerja selepas ini, pihak kami akan memberi bantuan dari segi sara hidup bulanan atau beri bantuan dari sudut kos perubatan yang diperlukan beliau sehingga pulih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kjdian Selasa lalu, Mohd Sis dan Izwan cedera selepas lori dinaiki dirempuh lori lain ketika kerja mengesan jalan berlubang untuk dibaik pulih.

Ketika kjdian, mngsa berdiri di platform hidrolik di belakang lori bersama rakan sekerja.

 

Sumber – sinarplus

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*