SEBARKAN! Ganjaran RM20,000 Kepada Pemberi Maklumat Si Dalang Pencemaran Sungai Selangor

KUALA SELANGOR: Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi ganjaran sehingga RM20,000 kepada mana mana pihak yang memberi maklumat berkaitan pencemaran Sungai Selangor sehingga tertangkapnya dalang kejadian itu.
Jelasnya, selain ganjaran, hukuman yang lebih berat termasuk denda sehingga RM1 juta akan dikenakan terhadap pelaku akan diusul dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November depan.
“Untuk sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan datang pada 1 November, kita akan bawa untuk mengubah hukuman penjara dan denda, jika sekarang RM100,000 kita akan tingkatan RM200,000 hingga RM 1 juta dan penjara tiga tahun.
“Pada masa sama, kita akan mengalakkan orang ramai bertindak sebagai whistleblower iaitu kita akan beri ganjaran RM20,000 kepada mereka yang mendedahkan unsur-unsur mencemarkan sungai,” katanya selepas mengadakan lawatan di muka sauk Lori Rawatan Air Selangor Fasa 2 pada Isnin.
Dalam pada itu ujarnya, kerajaan negeri Selangor akan menggunakan dron teknologi tinggi dengan peruntukan RM2 juta bagi menangani isu pencemaran.
Jelasnya dengan menggunakan dron itu, pemantuan di kawasan terpencil dapat dilakukan bagi mengesan sebarang unsur-unsur pencemaran.
“Negeri Selangor baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM2 juta mengadakan dron berteknologi tinggi dan kita akan gunakan dron memastikan sampel air dapat diambil dengan lebih berkesan lebih tepat.
“Pada masa sama, (dron) boleh masuk tempat terpencil yang sukar capai. (Dron) Ini akan start bulan depan kita akan gunakan dron untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Sumber-Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*