“Saya nampak helikopter merah terlanggar belakang helikopter biru”-Saksi Nahas Helikopter Dedah Apa Yang Berlaku Sebenarnya

AMPANG JAYA: ‘Saya nampak helikopter merah terlanggar belakang helikopter biru dan ekor helikopter itu patah dan senget sebelah,” kata Puteri Nur Ilani Ismail, 25.

Beliau adalah salah seorang saksi yang melihat kejadian awal nahas membabitkan dua helikopter di Jalan Taman Melawati di sini, hari ini.

Menurut Nur Ilani yang juga seorang penuntut sebuah universiti swasta, beliau sedang memetik daun pokok senduduk untuk merebus telur pindang berhampiran Bulatan Bukit Emas ketika nampak dua helikopter terbang bersama, kira-kira jam 11.30 pagi.

“Saya dengar bunyi kuat helikopter terbang, dan ingatkan itu bunyi helikopter polis tetapi nampak sebuah helikopter warna biru dan sebuah helikopter warna merah sedang terbang bersama.. satu di depan, satu lagi di belakang.

 

Sebuah lagi helikopter berjaya membuat pendaratan cemas di sebuah padang sekolah berhampiran. - Ihsan pembaca
Sebuah lagi helikopter berjaya membuat pendaratan cemas di sebuah padang sekolah berhampiran. – Ihsan pembaca

 

 

Sebuah daripada helikopter yang berjaya membuat pendaratan cemas di padang SJK (T) Taman Melawati. - NSTP/Aizuddin Saad
Sebuah daripada helikopter yang berjaya membuat pendaratan cemas di padang SJK (T) Taman Melawati. – NSTP/Aizuddin Saad

 

“Kemudian saya nampak helikopter merah melanggar bahagian belakang helikopter biru, menyebabkan bahagian ekor helikopter biru patah dan senget sebelah,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, beliau kemudian melihat helikopter merah terbang secara statik sebentar manakala helikopter berwarna biru menjunam sebelum terhempas.

Seorang pengawal keselamatan, Chan Chee Hoy, 66, sedang bertugas di dalam pondok kawalan Apartmen Hillside Taman Melawati terletak kira-kira 50 meter daripada lokasi nahas ketika mendengar detuman kuat.

“Mula-mula dengar macam bunyi enjin lori dengan muatan berat sedang mendaki bukit dalam beberapa saat sebelum dengar detuman kuat seperti bom meletup.

“Saya sangat terkejut dan terus berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum nampak sebuah helikopter terhempas di tepi jalan berhampiran semak,” katanya.

Katanya, beberapa orang awam yang berada hampir dengan tempat kejadian kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua helikopter terbabit dalam perjalanan dari Subang ke Genting Sempah dikatakan berlanggar di udara sebelum salah sebuah daripadanya terhempas.

Jurulatih penerbangan, Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, 56 dan pelatih penerbangan, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, disahkan terkorban dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, sebuah lagi helikopter dikendalikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya bersama rakannya, Tan Chai Eian berjaya membuat pendaratan cemas di sebuah padang sekolah berhampiran.

 

Anggota bomba membawa mangsa yang terkorban di lokasi nahas. - NSTP/Aizuddin Saad
Anggota bomba membawa mangsa yang terkorban di lokasi nahas. – NSTP/Aizuddin Saad

Sumber-BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*