“Saya Bukan Berkhidmat Untuk Melayu, Saya Berkhidmat Untuk Malaysia” – Syed Saddiq

Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab kritikan bekas mentornya Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwanya memecahkan undi orang Melayu melalui sebuah parti politik berasaskan anak muda.

Ketika ditemui di Kota Kinabalu semalam, Syed Saddiq berkata dia menghormati Mahathir tetapi tugasnya kini adalah menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Saya bukan di sini (dalam politik) untuk hanya menjadi hamba orang Melayu. Saya di sini untuk menjadi hamba bagi semua rakyat Malaysia. Saya bukan di sini hanya untuk menyatukan orang Melayu, tetapi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Saya sangat menghormati (Mahathir). Sebagai orang muda, dengan harapan dan sangat idealis, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian di Malaysia adalah kekuatan kita.

“Sementara dia bercakap mengenai memecahkan undi orang Melayu, kita (sebaliknya) harus menyatukan semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

Syed Saddiq kini sedang mengadakan lawatan ke Sabah untuk bertemu anak-anak muda dan berkempen untuk gabungan Warisan Plus.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mahathir juga mengkritik idea Syed Saddiq mengenai parti yang berasaskan golongan muda kerana akan meminggirkan “orang lama”.

Syed Saddiq bagaimanapun berkata parti baru itu akan “dipimpin oleh ganak muda” dan tidak “eksklusif untuk golongan muda”.

Pada masa katanya, parti itu akan terus berjuang untuk semua rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

 

Sumber – Malaysaikini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatam bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*