Sanggup Ke Kubur Waktu Tengah Malam Ziarah Kubur Ibu. Rupanya Ini Sebab Kenapa Anak Kecil Itu Melakukannya

Perasaan rindu kepada insan yang sudah tiada merupakan satu rasa yang sangat berat. Lebih-lebih lagi individu yang baru men!nggal dunia adalah orang yang paling kita sayang seperti ibu atau bapa.

Menerusi satu perk0ngsian yang v!ral di media sosial, seorang lelaki telah memuat naik beberapa gambar tiga orang kanak-kanak berjalan dalam kegelapan malam menziarahi pusara ibu mereka yang baru dikebumikan pada awal pagi tersebut.

Rindu sangat dekat ibu yang sudah men!nggal

Pengguna Facebook dikenali sebagai Syaffiq S.Soleh ini memaklumkan bahawa kanak-kanak yang ditemuinya memberitahu amat merindui ibu mereka yang men!nggal dunia selepas empat hari bersalin.

Ziarah kub0r ibu malam-malam

Menurutnya lagi, rumah kanak-kanak tersebut berada hanya beberapa ratus meter dari tanah perkub0ran menyebabkan mereka berjalan kaki sahaja menuju ke pusara ibu mereka.

Pegang tanah kub0r ibu yang masih basah

Paling menyedihkan apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut memegang tanah yang masih basah sambil meminta maaf serta menyatakan rasa rindunya kepada ibu tersayang.

Tiada orang dewasa dapat teman

Tambah pengguna Facebook itu lagi, disebabkan pada malam terbabit rumah kanak-kanak itu mengadakan majlis tahlil, tiada orang dewasa yang dapat menemaninya ke pusara ibu. Jadi, dia telah pergi ke kawasan tersebut bersama teman-teman seusia dengannya.

Rindu kepada yang sudah tiada cukup memeritkan

Sehubungan dengan perk0ngsian yang menyentuh hati itu, rata-rata warganet telah men!nggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak diatas kisah kanak-kanak tersebut.

Mereka juga mendoakan agar r0h allahyrham ibu kanak-kanak terbabit ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dipermudahkan segala urusannya di alam sana.

Kesiannya dekat anak-anak macam ni

Semoga adik tu diberi kekuatan

Ada yang faham dengan situasi tu

Semoga mereka tabah dan kuat mengharungi hari-hari mendatang, sama-sama kita doakan. – Sumber dipetik dari ohmymedia, Facebook Syaffiq S. Soleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*