“Sanggup Guna Taktik Lama” – Tun M Sifatkan Anwar Sebagai Pereka Cerita. Ini Penjelasan Penuh Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa mendapat majoriti cukup kukuh ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Dr Mahathir berkata, Anwar yang merupakan bekas timbalannya pernah membuat kenyataan sama pada 2008.

“Ini bukan pertama kali beliau (Anwar) mendakwa kononnya mendapat sokongan majoriti dan membuat pengumuman penting.

“Situasi sama pernah berlaku pada September 2008,” katanya seperti dilaporkan portal berita The Edge Singapore hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yang mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ia adalah episod baharu yang sengaja direka.

“Kita harus tunggu dan lihat untuk melihat apakah ini episod lain selepas gagal membuktikan dakwaannya sebelum ini,” katanya.

Sumber-Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*