“Sandra Menitis Air Mata Secara Tiba-Tiba” – Zizi Kirana Dedah Detik Akhir Kem4tian S4ndra

“Ibu arwah cakap, sebelum disahkan meningg4l, arwah menitiskan air mata,” kongsi penyanyi, Zizi Kirana yang sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sandra Dianne di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Zizi berkata, dia bergegas ke hospital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana.

Menurut Zizi, dia juga dimaklumkan arwah sudah dipindahkan ke Unit Raw4tan Koronari (CCU) pada pagi semalam sebelum dilaporkan kriti1kal pada jam 11 malam.

“Sehari sebelum kem4langan, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

“Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah arwah dipindahkan ke CCU. Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

“Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan kriti1kal dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zizi, dia juga berada di hospital pada hari pertama arwah dimasukkan ke unit kecemasan.

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan arwah selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan arwah seorang yang sangat baik.

“Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat ‘best’ berkawan dengannya.

Sunber – Tehtarikkaw

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*