“Sakit Sendi, Hilang Deria Rasa, Hidung Tersumbat & Rabun, Covid-19 Ni Memang Hantu” – Fatah Hensem Dedah Simptopm Covid Yang Beliau Alami

Seorang individu yang menggelar dirinya Fatah Hensem berkongsi kisah bagiamana beliau mengalami simptom sebelum disahkan positif covid-19

 

Hai semua. Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19 dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN),
Hospital Sungai Buloh. Orang kata PKKN ada hantu tapi saya peduli apa sebab Korona ini pun macam hantu juga. Ghaib dan menggelabahkan manusia.
Hari ini hari kedua saya di PKKN. Semalam saya disahkan positif setelah mengalami beberapa simptom dan berjelaga. Maafkan saya. Bergejala, bukan jelaga.
Untuk tulisan kali ini, saya nak ceritakan apa gejala yang saya alami sebelum saya disahkan positif. Iyalah, ini benda yang paling ramai orang nak tahu dan risau pun kan.
1) Demam panas dan batuk. Hari kedua saya jadi contact rapat dengan kawan yang positif (waktu itu dia pun tak tahu yang dia positif), saya dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam. Hari lain rilek saja letak kepala terus lelap macam Nobita. Tapi tidak pada hari itu. Esok dan lusanya demam sudah tak ada.
2) Selsema dan sakit kepala. Dia datang sekali dengan demam. Pakej lah kiranya. Macam makan sate, kena ada nasi impit. Macam pakwe hensem, kena makwenya lawa. Ha macam tu lah.
3) Sakit sendi dan penat-penat. Sakit segala sendi ialah sakit yang paling orang tak nak sebab membuatkan kita rasa nak pulas segala bahagian sendi di badan. Orang pernah kena demam denggi pasti faham sakit dia macam mana. Tak boleh tidurlah kiranya selagi tak sapu minyak panas.
4) Hilang deria bau dan rasa. Ini paling power. Saya salute Virus Korona sebab dia mampu alter saraf saya jadi tak bau dan tak rasa apa. Hidung tak tersumbat tapi tak boleh bau apa-apa.
5) Rabun sekejap. Ini pun power juga. Hari terakhir di rumah sebelum saya disahkan positif, saya rasa macam mata saya ini berselaput macam baru bangun tidur. Dah mandi dah buat itu ini genyeh mata sampai berair, tetap rasa kabur-kabur. Saya ingat ada tahi mata, rupanya ini salah satu jelaga. Maaf, gejala.
Cukup dua gejala pertama dan sehari selepas saya dikategorikan sebagai contact rapat kepada kawan saya yang positif, saya pergi buat swab test di klinik kesihatan berdekatan (FOC). Tunggu dua hari, result di klinik kesihatan masih juga tak dapat-dapat.
Kredit : @jom_dakwah / @fatahfatah

 

Hai semua. Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19 dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta…

Posted by Negeri Sembilan kini on Monday, 12 October 2020

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*