Rupanya Ini Sebab Mengapa Darurat Perlu Dilakukan..

Annuar Musa Mendedahkan Kenapa Darurat Diadakan

By Tan Sri Annuar Musa

“Kpd sahabat saya yg punya ilmu undang undang,terutama “constitutional experts”..bantu saya mencari jawapan perkara berikut,yg berkait dgn ketakutan rakyat terhadap penularan COVID-19:

1)PRK Bt Sapi wajib di adakan dlm tempoh 60hari dari kekosongan..Tapi rakyat minta PRK di tangguhkan dan pegawai takut utk ke zon merah.

2)Tempoh DUN Swak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib di adakan.Namun semua orang takut apa yg berlaku di Sabah selepas PRN menimpa swak.Mereka minta PRN di tangguh dulu.

3)Pelbagai pihak mengugut mau menjatuhkan Perdana Menteri melalui sidang parlimen bulan depan.Jika itu berlaku maka PM boleh bubarkan parlimen dan PRU perlu di adakan.Tetapi rakyat tidak mahu pilihanraya di adakan kerana takut merebaknya COVID-19…

Undang undang mana boleh di pakai utk menangguh pilihanraya supaya KITA DAPAT MEMPASTIKAN COVID-19 terkawal dan tidak meng4ncam nyawa rakyat.

Kini beribu rakyat di hospital.Beribu frontliners dan anggota keselamatan terpaksa menjalani kurentin.Berbillion dana negara terpaksa di belanjakan.Itu dlm keadaan Msia di iktiraf dunia sbg negara paling berjaya mengekang penularan wabak ini..Bagaimana agaknya kalau dlm tempuh dua tiga bulan ini kita mendahulukan perebutan kuasa politik demi demokrasi di saat rakyat sedang bertarung nyawa dgn ancaman COVID-19..

Kuasa apa dan undang undang undang mana boleh kita tangguh perebutan kuasa ini??

Terima kaseh atas nasihat perundangan yg bakal di beri….

Kini jelas sudah kenapa undang-undang darurat kesihatan atau politik terpaksa dikuatkuasakan.

Ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati pada pentadbiran yang semakin diterima oleh rakyat hanya kerana ingin terlepas dari sesuatu yang akan menyusahkan mereka.

Dan boleh saja halangan itu datang dari orang-orang yang tamakkan kuasa tanpa memikirkan keharmonian atau kesihatan orang lain.

#PoliticalLockdown

 

Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa khuatir dengan laporan kerajaan akan melaksanakan perintah daru-rat sehingga menggelar kerajaan Muhyddin sebagai diktat0r

Beliau mendakwa, tindakan tersebut adalah untuk menghalang proses Parlimen.

“Hari ini, kita mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan g4gal untuk menunjukkan sokongan majoriti dalam Parlimen dan menggunakan isu kris-is pande-mik korona-virus (Covid-19) sebagai alasan untuk terus kekal berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Tuduhan diktat0r: Zuraida minta Anwar cermin diri dulu

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk “bercermin diri” terlebih dahulu berhubung kritikannya terhadap rancangan kerajaan mengisytiharkan perintah darurat.

Zuraida berkata, Anwar punca menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dengan mengalihkan tumpuan terhadap usaha kerajaan memerangi w4bak Covid-19.

Tambahnya, Anwar yang sebelum ini mendakwa memperolehi majoriti sokongan anggota parlimen juga berulang kali gagal membuktikan dakwaan tersebut.

 

“Dan ketika dia berdrama yang berlarut-larutan dan tanpa tujuan ini, kerajaan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin menghadapi wabak global ini setiap hari.

“Saya tidak dapat memikirkan bagaimana seorang pemimpin politik kanan memperlakukan dirinya sedemikian rupa ketika negaranya berhadapan dengan krisis kesihatan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

“Anwar yang mendakwa dalam kenyataannya bahawa kerajaan tidak telus, bahkan gagal bersikap telus kepada Seri Paduka dengan majoriti yang dikatakan kukuh dan meyakinkan,” katanya.

Menurut Zuraida, Anwar seharusnya mengenepikan cita-citanya pada ketika negara dilanda w4bak Covid-19 dan menyokong kerajaan pada ketika ini seperti yang sepatutnya dilakukan oleh seorang negarawan.

“Apa yang sebenarnya dia lakukan menimbulkan pertanyaan serius mengenai kesesuaiannya dengan jawatan tertinggi yang selama ini sangat dikejar-kejarnya, sehingga merugikan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kabinet hari ini dilapor bersetuju dengan pelaksanaan “darurat” bagi menangani penularan Covid-19 selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Muhyiddin di Putrajaya.

Petang tadi, Muhyiddin dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Rancangan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak terutama ahli politik pembangkang, yang menegaskan undang-undang sedia sudah cukup untuk menangani wab4k Covid-19.

Malah mereka juga mendakwa langkah Muhyiddin mengisytiharkan darurat adalah cubaan menggant-ung Perlembagaan Persekutuan dan mengelakkan pilihan raya.

Anwar dalam satu kenyataannya menyifatkan keputusan kabinet untuk melaksanakan “darurat” memungkinkan negara menjadi kerajaan diktat0r.

“Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bila mana terdapat unsur anc4man pada keselamatan negara.

“Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah ke belakang yang akan memungkin kediktat0ran.

“Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,” katanya

 

Sumber – Treding sangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*