Rebah Selepas Selesai Solat Sunat 2 Rakaat. Semoga Syurga Menanti Arw4h

MALAYSIA: SUASANA hening di Masjid Gombak Utara, Gombak bertukar riuh apabila seorang jemaah lelaki rebah dan mennggl dunia sebelum azan Subuh berkumandang, hari ini.

Bilal masjid berkenaan, Md Zin Zakaria, 62, berkata kejadian berlaku pada 5.45 pagi ketika jemaah sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

“Keadaan sedikit keIam kabut apabila seorang jemaah terbaring.

“Dia baru saja menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum rebah secara tiba-tiba,” katanya mengulas kematian jemaah di masjid terbabit, hari ini.

Beberapa keping gambar jemaah berkenaan terbaring di kelilingi jemaah masjid itu tular selepas dikongsi dalam kumpulan WhatsApp

Menurutnya, mereka menghubungi talian kecemasan sebelum kemaat1ian lelaki itu disahkan seorang pembantu perubatan yang tiba bersama ambulans.

“Ini kejadian kali pertama membabitkan kemaat1ian jemaah berlaku dalam masjid ini.

“Lelaki ini istimewa, malah cara pemergiannya cukup menyntuh hati kami.

“Kami menyifatkan, pengakhirannya sungguh mulia dan dicemburui,” katanya.

Mengenai latar belakang jemaah itu, Md Zin berkata, lelaki terbabit berasal dari Madura, Indonesia dan menyewa di kawasan berkenaan.

“Dia selalu dilihat solat di masjid ini. Saya difahamkan isteri dan anaknya berada di Indonesia manakala dia menyewa bersama seorang rakan di Gombak.

“Jenazahnya akan dihantar pulang ke Madura selepas bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber – Rentasmalaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*