Ramai Runsing Berkenaan Kandungan Vaksin Covid-19. Menteri Agama Umum Tarikh Keputusan Pengunaan Vaksin Diluluskan

Putrajaya: Keputusan penggunaan vaksin Covid-19 dari luar negara yang akan digunakan umat Islam di negara ini akan diketahui esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagaian Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, perkara itu dibincangkan hari ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas kali ke-10 Tahun 2020 Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Menurut beliau,mesyuarat itu turut diberikan taklimat berkenaan vaksin Covid-19 oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Katanya, pihaknya akan mengambil semua pandangan dari Ahli Jawatankuasa Muzakarah dan KKM sebelum membuat keputusan bagi meluluskan vaksin terbabit.

“Kita akan menilai dari segi agama untuk membuat keputusan dan hujah-hujah mengenai keputusan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Kepada Pegawai Penyelidik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah dan Timbalannya, Jamali Mohd Adnan.

Pada majlis itu 52 pegawai menerima surat pelantikan untuk ditempatkan di Pejabat Mufti Wilayah Peraekutuan.

 

ZULKIFLI beramah mesra bersama penerimasurat lantikan. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ZULKIFLI beramah mesra bersama penerimasurat lantikan. FOTO Mohd Fadli Hamzah

 

Semalam media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau penggunaan vaksin dibangunkan syarikat gergasi farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech, secara darurat di Britain seawal minggu depan.

Ia susulan pengumuman kerajaan negara itu menerima cadangan Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) untuk meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioTech.

Zulkifli berkata, bagi Wilayah Persekutuan keputusan muzakarah itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan.

Katanya,bagi negeri-negeri lain keputusan akan ditentukan oleh Sultan merupakan ketua agama di negeri masing -masing.

“Saya akur dan bersetuju dengan segala keputusan dan pandangan Majlis Muzakarah Khas atas apa juga keputusan yang diambil.”

“Ia bagi mengelakkan berlaku dua fatwa membabitkan umat Islam di negara ini, “katanya.

Gambar Mohd Fadli Hamzah

 

Sumber – Hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*