Ramai Kecam Filem Mael Totey Tak Dapat Sambutan, Sekali Bila Diumum Kutipan Terkini, Tergamam Terus

” Sangat terkejut sebab Mi (panggilan untuk Syahmi) memang tak sasar kutipan tinggi pun.”

Itu ungkapan pertama diucapkan pengarah filem Syahmi Sazli apabila filem sulungnya Mael Totey The Movie mendapat kutipan RM2.56 juta hanya selepas empat hari tayangan.

Kata YouTuber yang kini bergelar pengarah itu, dia memang langsung tidak percaya cetusan ilham ‘budak kampung’ sepertinya mampu mengumpul jumlah kutipan sedemikian, apatah lagi memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya melalui platform berkenaan.

” Bagi Mi dapat masuk Astro 1st tu pun kira satu kejayaan besar lebih-lebih lagi ni karya budak kampung.

” Target Mi cuma nak keluar dari zon selesa YouTube, tu matlamat untuk 2020 ni,” katanya kepada Malaysiakini.

Ditayang sejak 22 Oktober lalu, Mael Totey The Movie mengangkat genre drama komedi yang mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael – watak dilakonkan Syahmi – berusaha belajar bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Bagaimanapun dalam proses itu Mael bertemu cinta sejatinya iaitu Teacher Siti yang mengajarnya bahasa Inggeris. Bagaimanapun hubungan itu berdepan cabaran dengan adanya Yaya.

Konflik antara Mael, Teacher Siti dan Yaya diselesaikan oleh empat orang kelainan upaya (OKU) iaitu Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ada pihak beri bayangan filem ini akan gagal

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pemilik nama penuh Muhammad Syahmi Sazli itu mendakwa dia menerima banyak mesej melalui Instagram yang menudvhnya mengambil kesempatan ke atas pelakon istimewa demi meraih keuntungan.

Selain itu, beberapa pihak yang lain pula membayangkan filem berkenaan tidak akan mendapat pulangan memberangsangkan kerana tidak menggunakan wajah-wajah popular sebagai peneraju utamanya.

Selain mereka berlima, turut menjayakan filem berkenaan seperti Emaleen Minhad, Aween Ismail, Ewan, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid dan Kamarool Yusoff.

Syahmi, 25, berkata insan di sebalik kejayaannya ketika ini adalah isteri, Siti Noor Anissa Mohd Faizul atau lebih dikenali sebagai Anissa Faizul.

Katanya, Anissa, 22, menitiskan air mata gembira sebaik mengetahui jumlah kutipan pada hari pertama tayangan kerana mengenangkan penat lelah yang perlu mereka tempuhi untuk mengetengahkan naskhah tersebut.

” Saya rasa nak menangis pun ada. Tapi jika isteri saya, dia memang dah menangis sejak kutipan hari pertama lagi.

” Saya dan isteri sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) mulakan penggambaran buat rangka cerita dan hingga kini tak berhenti-henti turun naik Kuala Lumpur dari Kelantan.

” Kami tak ada bajet, semua benda buat sendiri dan isteri menjadi tulang belakang saya selama ni,” katanya.

Syahmi juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan empat pelakon istimewanya kerana tanpa mereka filem berkenaan tiada ertinya.

” Jutaan terima kasih kepada pengikut yang menyokong produk Mi. Mi juga terhutang budi dengan pelakon istimea Mi serta kru produksi yang sanggup berhujan berpanas untuk menjayakan filem ni,” katanya.

 

Sumber – Asiakini

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*