Rakyat Nak Ebit Lew Masuk Politik Dan Mahu Beliau Jadi PM. Ini Komen Pedas Ebit Lew Kenapa Beliau Taknak Jadi Politik Sampah Di Negara Kita

Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Melihatkan usaha murninya yang tidak mengenal erti penat lelah dan cepat bertindak, pengguna media sosial telah mewujudkan tanda pagar #EbitLewForPM.

Bagaimanapun, pendakwah berusia 35 tahun itu tidak berminat untuk menceburi bidang politik. Ujarnya lagi politik bukanlah bidang yang sesuai untuk dirinya.

“Politik memang bukan bidang saya. Saya memang bukan orangnya dan terus terang, saya tidak pandai dan mengerti soal politik.

“Sekarang, saya lebih berminat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Insya-Allah, saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini,” katanya.

Sentiasa berdoa diberikan rezeki supaya dapat memberi bantuan sehingga tiada siapa pun yang tercicir, Ustaz Ebit berkata adakalanya dia terlepas pandang sehingga menerima kecaman, namun dia tidak berkecil hati.

“Saya berdoa agar suatu hari nanti mudah-mudahan Allah berikan saya rezeki yang lebih supaya saya dapat bantu lebih ramai orang hingga tiada seorang yang tercicir.

“Sekarang, saya kecewakan ramai orang. Ada yang marah saya dalam media sosial tetapi saya tak kecil hati langsung.

“Saya sedar ramai terdesak dan sangat memerlukan ketika pandemik ini. Mereka kecewa dan tak tahu apa nak buat. Sama-sama kita bantu semampu boleh,” ujarnya

sumber : kosmo via kiniairnews

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*