Rakyat Kelantan Diminta Untuk Ikut Jejak Langkah Rakyat Mexico Yang ‘Dera’ Wakil Rakyat Yang Mungkir Janji Sediakan Bekalan Air Bersih

Mexico City: Seorang datuk bandar di Mexico menjadi sasaran amukan pengundinya berikutan didakwa tidak menepati janji untuk menyediakan bekalan air bersih kepada pengundinya.

Portal Daily Star melaporkan, Datuk Bandar Frontera Comapala, Mexico, Oscar Ramirez Aguilar menjadi sasaran amukan peserta perhimpunan yang menangkap dan mengikatnya di sebatang pokok.

Untuk rekod, ketika berkempen, Aguilar janji untuk menyediakan air bersih untuk penduduk kawasannya.

Malah, dia berulang kali berjanji akan menyelesaikan isu air bersih dengan menyediakan fasiliti lengkap.

Selepas terpilih, Aguilar membangun fasiliti pemprosesan air namun tidak seperti diharapkan penduduk kerana tidak berfungsi.

Penduduk yang melawat kemudahan pemprosesan air itu mengibaratkan fasiliti itu hanyalah indah khabar daripada rupa.

Akhbar tempatan, Cuarto Poder pula melaporkan penduduk sekitar sangat mengharapkan manfaat daripada kemudahan itu namun harapan mereka musnah apabila melihat sendiri fasiliti yang dibina itu.

Penunjuk perasaan yang gagal mengawal kemarahan mengikat datuk bandar itu di pokok sebelum menangih janji yang pernah dibuatnya sebelum ini.

Dalam satu video yang tular, Aguilar yang memakai seluar jeans, kemeja, pelitup muka dan diikat di pokok itu dikelilingi penduduk yang berang dengan tindakannya tidak memenuhi janji.

Aguilar diikat di pokok itu selama dua jam sebelum dilepaskan, selepas berjanji untuk memperbaiki kemudahan air bersih itu.

 

Berikut tweet daripada @geegeekajang menyuruh rakyat kelantan untuk menyontohi perbuatan rakyat mexico

 

 

Sumber – Hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*