R0gol Dan Liwat Dua Kanak-Kanak Serentak. Namun, Hubungan Si Pelaku Dengan Mangsa Amat Mengejutkan

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu, 2 November 2020 menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun bersama dengan 5 sebatan terhadap pemotong rumput berusia 26 tahun atas pertuduhan merogol dan meliwat dua beradik yang juga adik angkatnya, lapor Harian Metro.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di mana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tertuduh didakwa menrogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus pada jam 12 tengah malam 31 Ogos lalu. Untuk kesalahan itu, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun penjara dan sebat jika disabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa meliwat adik lelaki mangsa berusia lapan tahun di alamat yang sama di Kuala Nerus pada jam 2 petang, 16 September 2020. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan bersalah.

Sebaik saja tertuduh membuat pengakuan bersalah, Hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan merogol, manakala tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan meliwat.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 26 Oktober 2020.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berada dalam pengawasan polis selama satu tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 setelah tertuduh selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfazillah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*