“Projek Kg Baru KL Yang Ditentang Akan Diteruskan Tetapi Bukan Dengan Cara Khalid” – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Lupakan pelan lama Khalid Samad dan buat model pembangunan lain di Kampung Baru.
Itu kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengulas model baharu pembangunan kampung tradisi di tengah-tengah ibu kota itu.
Menurutnya, laporan penuh keputusan mengenainya sudah diperoleh dari Perbadanan Kampung Baru.
“Saya sudah terangkan bahawa projek ini adalah satu transisi dan apabila tanah hendak dibeli itu ditawarkan pada harga RM850 sekaki dan 150 kaki lagi dalam bentuk syer, malangnya hanya 60 peratus sahaja setuju dan kalau seorang bantah pun kita tidak boleh jual secara paksaan walaupun kampung berkenaan perlu dimajukan.
\
“Ramai tak setuju sebab mereka tidak tahu siapa pembeli itu sama ada Melayu atau siapa, kerajaan ke swasta atau dalam negara atau luar negara dan juga jumlah wang pelaburan satu pun tidak ada selepas saya semak,” katanya dalam sidang media secara langsung di Facebook hari ini.
Tambah Annuar, pihaknya telah berbincang dan bersetuju di Parlimen baru-baru ini bahawa untuk membuat satu pembangunan tanah seluas lebih 200 ekar itu bukan secara serentak.
Sebaliknya kata Ahli Parlimen Ketereh itu, tanah itu akan dibahagikan kepada 44 parcel yang mana setiap parcel terdiri daripada lima hingga 12 ekar dan membangunkan parcel demi parcel.
“Kita tidak akan bangunkan tanah seluar lebih 200 ekar itu secara serentak pada satu masa tapi akan dibahagikan secara berparcel dan dibangunkan dalam bentuk 44 parcel secara berperingkat.
“Ketika pembangunan dilaksanakan secara berparcel itu nanti, mungkin ada penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan juga tuan tanah itu secara join venture..cuma dari segi kerajaan kena mula merancang untuk menaik taraf prasarana itu.
“Ia sudah pasti akan memakan masa kerana kita hanya berada dalam peringkat perancangan tapi pembangunan Kampung Baru akan diteruskan dan akan dimaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa,” tegas beliau.- MalaysiaGazette
Sumber – Tun Carlos

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*