Permaisuri Bergegas Pulang Dari Kelantan, Ini Keadaan Terkini Agong Di IJN

Terkini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

” Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

” Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat.

” Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda,” katanya.

Tunku Hajah Azizah membatalkan lawatan itu yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok.

Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Sekilas info tentang Al-Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah Al-Haj diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaya).

Baginada adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Sultan Pahang ke-6 yang dimasyhurkan pada 15 Januari 2019. Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.

Pada tahun 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 dan akan memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan pada 31 Januari 2019.

sumber – limauais

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*