Pengantin Lelaki Batal Perkahwinan Di Saat Akhir, Namun Tindakan Bakal Pengantin Perempuan Ini Amat Memeranjatkan..

Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan masa depan pasangan dan juga maruah keluarga. Namun wanita ini diuji sebelum sempat lagi mendirikan rumah tangga.

Kisah berlaku di Singapura, wanita ini tabah meneruskan’ majlis perkahwinannya seorang diri meskipun bakal suaminya membatalkan perkahwinan tiga minggu sebelum majlis berlangsung.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang jurugambar yang menceritakan kisah sedih wanita itu .

Tetap meneruskan ‘photoshoot’ seorang diri yang dilengkapi busana pengantin, solekan, dan cincin, namun wanita itu masih mampu mengukirkan senyuman walaupun berdepan kekecewaan.

“Ini merupakan pengalaman pertama bagi kami. Paling sedih bila pengantin perempuan datang cerita bahawa perkahwinannya terpaksa dibatalkan.

 

“Hal ini disebabkan, pengantin lelaki yang bertindak membatalkan majis tersebut, tiga minggu sebelum majis diadakan. Walaupun sedih dengan perkara tersebut, Shasha tetap kuat dan masih mahu melakukan weeding photoshoot walaupon berseorangan. #MungkinBukanHariIni,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji wanita tersebut kerana berjaya mengatasi rasa kecewanya sekaligus memberi inspirasi kepada wanita lain supaya tidak berputus asa dalam sesebuah perhubungan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar wanita itu terus kuat dan dipertemukan jodoh yang jauh lebih baik pada masa akan datang.

SUMBER: Mustsharenews via Gulapop

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*