“Penerbangan ini sebagai hobi arwah saja, pekerjaan tetapnya sebagai ahli perniagaan”-Abang Dedah Helikopter Biru Menjadi Kegemaran Arwah

KUALA LUMPUR: Gambar nahas helikopter terhempas di Taman Melawati yang tular di media sosial menjadi petunjuk kepada ahli keluarga memeriksa dengan lebih lanjut identiti mangsa yang terbabit insiden berkenaan.

Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, abang sulung kepada arwah Mohd Irfan Fikri, 44, berkata, keluarga mengenal pasti tangan dan jam dipakai adiknya melalui gambar yang tular di WhatsApp.

“Saya cam tangan dan jam dipakai arwah sekitar tengah hari tadi, malah helikopter biru yang kerap diterbangkan.

“Dua tiga hari sebelum terbang, arwah ada memberitahu keluarga di WhatsApp mengenai penerbangan hari ini disebabkan itu saya yakin mangsa terkorban mungkin adik saya,” katanya ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPPN), hari ini.

Menurut Mohd Izani , arwah dilaporkan kerap terbabit dengan aktiviti penerbangan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

 

Keluarga mangsa, Dr Mohd Izani Mohamed Rawi (kiri) bersama adik-beradik yang lain ketika menanti jenazah Mohd Irfan Mohamed Rawi di Hospital Kuala Lumpur yang maut dalam nahas helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Keluarga mangsa, Dr Mohd Izani Mohamed Rawi (kiri) bersama adik-beradik yang lain ketika menanti jenazah Mohd Irfan Mohamed Rawi di Hospital Kuala Lumpur yang maut dalam nahas helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, hari ini. – NSTP/Aswadi Alias

 

 

Anggota bomba di lokasi nahas di Taman Melawati. - NSTP/Fathil Asri
Anggota bomba di lokasi nahas di Taman Melawati. – NSTP/Fathil Asri

 

 

Anggota bomba mengangkat mayat di lokasi kejadian. - NSTP/Fathil Asri
Anggota bomba mengangkat mayat di lokasi kejadian. – NSTP/Fathil Asri

 

“Penerbangan ini sebagai hobi arwah saja, pekerjaan tetapnya sebagai ahli perniagaan.

“Arwah ada menunjukkan lesen penerbangannya sebelum ini, namun saya tidak pasti sudah berapa lama (penerbangan),” katanya.

Mohd Izani berkata, helikopter biru yang diterbangkan arwah antara yang kerap dan menjadi kegemarannya.

Berkata berkata, arwah anak keempat daripada 10 beradik meninggalkan seorang isteri yang juga guru dan lima anak berusia sekitar tiga hingga 15 tahun.

Ditanya jenazah arwah akan dikebumikan di mana, Mohd Izani memaklumkan pihak keluarga masih belum memutuskan lokasi pengebumian sama ada di Kelantan atau ibu kota tetapi akan berbincang dengan keluarga yang lain.

Difahamkan, kedua-dua mayat yang terbabit dengan insiden berkenaan dibawa ke forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Sumber-BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*