Pemuda UMNO Cadang Idea Bernas, Pengeluaran RM2,000 Sebulan Selama Lima Bulan

Johor Bahru: Pemuda Umno Johor menyarankan pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersyarat dengan maksimum RM2,000 sebulan selama lima bulan.

Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata. syarat pengeluaran itu perlu dilakukan secara bersasar iaitu kepada golongan benar-benar terjejas dan memerlukan sahaja.

“Pengeluaran bukan dibuat secara sepenuhnya atau lump-sum, tetapi dibayar secara bulanan, misalnya RM2,000 maksimum setiap bulan untuk jangka masa lima bulan.

 

“Menerusi cara itu, duit itu dapat dibelanjakan rakyat secara berhemah, sekali gus membantu mengurangkan beban rakyat kerana keadaan ekonomi belum pulih susulan penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 caruman KWSP untuk digunakan rakyat yang berdepan wabak Covid-19 berikutan pencarum akan berhadapan masalah lebih besar di masa hadapan.

 

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan KWSP membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 secara one off bagi mengharungi cabaran berikutan impak penularan wabak Covid-19.

 

Sumber-HMetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

 

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

 

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*