Pemuda Melayu Bangga Mempunyai Keluarga Angkat Berbangsa India. Ini Yang Mereka Lakukan Ketika Bulan Puasa

SIAPA yang tidak sedlh apabila tiada keluarga hadir pada majlis konvokesyen, yang mungkin berlaku sekali seumur hidup.

Lebih menghlbakan, hari bersejrah itu bakal menyakslkan kegembiraan rakan-rakan sekuliah bersama keluarga masing-masing yang datang memberikan sokongan.

Walaupun keluarga kandung tidak hadir pada majlis konvokesyen, namun seorang pemuda Melayu tetap berbesar hati dengan kehadiran keluarga angkatnya yang berbangsa India.

Pemuda berkenaan, Mohamad Ridzuan Che Mohamad Zin berkata, kejadian berlaku pada 2017 di Politeknlk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.

Hubungan akrab Ridzuan dan Ganesan sejak 13 tahun lalu.

Jelasnya, kedua-dua ibu bapanya tidak dapat hadir pada hari konv0kesyen di atas faktor kesihatan selain jarak perjalanan yang jauh dari rumah di Kelantan.

“Mak ayah memang tak sihat, rumah pula jauh untuk datang ke Shah Alam. Jadi, saya dah tahu lebih awal yang mereka tidak akan ada bersama pada hari k0nvo.

“Tapi sekental mana pun, saya akui boleh menangls dalam hati sebab tak ada keluarga yang dapat datang pada masa itu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Ridzuan, dia bagaimanapun menerima kejvtan yang tidak disangka-sangka iaitu kira-kira seminggu menjelang majlis konv0kesyen.

Ridzuan (hadapan) dan keluarga Ganesan (belakang, kiri) seperti satu famili.

Dia yang ketika itu tamat pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkata, keluarga angkatnya berbangsa India menyuarakan hasrat untuk hadir memberikan sokongan.

“Masa tu saya betul-betul terkejvt dan terharu. Keluarga angkat saya dari Seberang Perai, Pulau Pinang sanggup datang berjumpa saya.

“Macam tak percaya meraka hadir pada hari k0nvo. Dalam hati memang rasa nak menangls, tapi menangls kegembiraan sebab terh4ru sangat,” ujar anak kedua daripada enam beradik itu dengan nada teruja.

Menurut anak kelahiran Gua Musang, Kelantan itu, dia mula mengenali keluarga S. Ganesan, 60, ketika melakukan latihan semasa kerja (on job training) di Pulau Mutiara itu, 13 tahun lalu.

Ridzuan (kanan) dan isteri (dua, kanan) bersama keluarga Ganesan di majlis perkahwinan saudara keluarga angkatnya.

“Ketika itu saya baru bekerja dan Ganesan jadi senior saya dan banyak membantu dalam melatih saya. Hubungan kami rapat dari rakan sekerja kepada keluarga angkat.

“Isteri dan anak-anak dia juga rapat dengan saya. Keluarga saya di Kelantan juga mengenali mereka dan pernah bertemu antara satu sama lain,” ujarnya sambil menambah Ganesan merupakan bapa tiga anak.

Ridzuan yang telah mendirikan rumah tangga kagum dengan keperibadian keluarga Ganesa yang begitu baik, bermurah hati dan menghormatinya.

“Mereka begitu mengambil berat. Saya pernah bermalam di rumah mereka dan sehelai sejadah disediakan mereka untuk kemudahan saya bersolat.

“Bila datang di bulan Ramadan, mereka akan kejvtkan saya untuk bangun sahur, memasak dan makan bersama-sama. Waktu buka puasa pun mereka temankan makan bersama,” ujar bapa kepada seorang anak itu.

Ridzuan sering memakai Jippa setiap kali sambutan Deepavali.

Ridzuan yang bertugas sebagai operator pusat kawasalan tren di Keretapl Tanah Melayu Bhd (KTMB) sering menzlarahi keluarga angkatnya setiap kali sambutan Deepavali, dengan mengenakan pakaian tradisional masyarakat India, Jippa.

“Sepanjang 13 tahun kami berkeluarga, 12 kali saya datang pakai baju Jippa yang baharu ketika Deepavali, kecuali tahun ini disebabkan pandemlk C0vld-19.

“Saya bersyukur mengenali keluarga Ganesan. Bagi saya, rakyat Malaysia boleh menjadi satu keluarga yang harmoni serta hidup aman-damai sekiranya masing-masing menghormati budaya dan agama antara satu sama lain,” katanya.

Sumber:mstar via dedah.co

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*