Peminjam B40 boleh dapat lanjutan moratorium/pengurangan ansuran bulanan. Tiada dokumen diperlukan.

KUALA LUMPUR: Individu atau perniagaan yang berdepan masalah membayar balik pinjaman, perlu berkomunikasi dengan pihak bank untuk mendapatkan moratorium atau bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata menerusi Belanjawan 2021, individu terkesan, khususnya golongan B40 boleh memilih sama ada mendapatkan moratorium selama tiga bulan, atau membayar 50 peratus daripada bayaran balik pinjaman untuk enam bulan.

Katanya, proses permohonan itu juga sangat mudah dan memberi jaminan pihak bank akan membantu mereka yang bermasalah untuk membayar balik pinjaman masing-masing.

“Bagi mereka yang terjejas, khususnya B40, prosesnya mudah. Cuma beritahu bank sama ada nak tangguh bayaran, iaitu tak perlu bayar apa-apa selama tiga bulan, atau bayar separuh saja untuk tempoh enam bulan.

“Kemudahan ini ditawarkan oleh bank tempatan, cuma mereka kena berkomunikasi dengan pihak bank dan maklumkan jika ada masalah untuk bayar balik atau jika anda kumpulan yang terjejas (dengan pandemik COVID-19).

“Jika anda berkomunikasi dengan pihak bank, bank akan membantu anda dan melihat bagaimana untuk membantu daripada segi moratorium bayaran balik pinjaman,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Ditanya mengenai perbezaan pelaksanaan moratorium secara pukal sebelum ini dengan bantuan bayaran balik bersasark ketika ini, Asri berkata, moratorium keseluruhan sebelum ini dinikmati semua kumpulan, sama ada B40, M40 atau T20.

“Untuk Belanjawan 2021, kemudahan moratorium ini kita sasarkan untuk membantu golongan yang mudah terjejas dan mereka yang benar-benar memerlukan.

“Berdasarkan data daripada pihak bank, katanya, sebanyak 650,000 permohonan lanjutan moratorium diterima dan 98 peratus daripadanya diluluskan,” katanya.

Sumber-BHonline

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*