Pemandu Myvi Langgar Honda Sehingga Maut Di Traffic Light Diberi Jaminan Polis

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Pelangi di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya melakukan siasatan terperinci sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Kita masih lengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Pemandu wanita terbabit diberi jaminan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muka depan Kosmo! hari ini melaporkan polis menyangkal dakwaan pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan seorang anggota tentera maut yang mendakwa mengelak sebuah kenderaan berhenti di hadapannya.

Rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan kereta yang dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh sebuah kereta Honda Accord dinaiki mangsa sehingga kedua-dua kenderaan tersebut terbalik.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi di Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berdekatan Plaza Pelangi di sini menyebabkan Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, terbunuh di tempat kejadian.

Sumber-K! ONLINE.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*