Pelanggar SOP Covid Akan Dirotan Abah!

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjangkakan penularan wabak Covid-19 akan terus meningkat dalam waktu terdekat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan ujian saringan secara lebih agresif.

“Saya jangkakan kes-kes Covid19 akan meningkat dalam waktu terdekat. Ini kerana pihak Kementerian Kesihatan sedang menjalankan ujian saringan secara lebih agresif, termasuk di penjara dan pusat-pusat tahanan.

“Sejak beberapa minggu yang lalu, kes-kes positif dalam kalangan tahanan di penjara menyumbang kepada sebahagian besar peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di negara kita,” katanya dalam perutusan khas situasi semasa Covid-19 hari ini.

Untuk rekod, negara sedang menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19 selepas mencatat jumlah kes harian paling tinggi sejak empat hari berturut-turut.

 

Sebanyak 691 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini merupakan paling tinggi sejak penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Muhyiddin juga secara berseloroh berkata akan mula menggunakan rotan terhadap pihak yang melanggar undang-undang berkaitan SOP Covid-19.

“Yang amat dikehendaki pada masa ini ialah kita semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Petugas barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan.

“Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan 11 dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan,” katanya.

Untuk rekod, panggilan ‘abah’ (ayah, bapa) sering digunakan penyokong PN dan Bersatu untuk merujuk Muhyiddin.

Sumber – Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*