Pelajar IPT Ni Kantoi Ditangkap Panjat Pagar. Namun Sebab Kenapa Dia Panjat Pagar Tu Buatkan Netizen Tergamam

Kehidupan sebagai seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidaklah seindah seperti yang disangka. Mereka terpaksa mengorbankan masa untuk menampung kehidupan di universiti.

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh menceritakan mengenai seorang pelajar IPT ‘ditangkap’ kerana cuba menyelinap keluar dari asrama. Lebih menyedihkan apabila mengetahui sebab sebenar pelajar tersebut berbuat demikian, sebak!

‘Baik akhlak budak ni’

Sekadar gambar hiasan

Budak ini lompat pagar asrama tengah malam 3 hari lepas. Kena tangkap dengan jaga, jaga contact warden untuk tindakan lanjut. Sepatutnya, kesalahan begini memang tiada maaf. Buang asrama terus. Namun semalam, adik ini dimaafkan kesalahannya oleh kawan aku. Kenapa? Kerana dia lompat pagar demi mencari rezeki.

Budak ini, seorang pelajar IPTS. Tak perlu aku sebut IPT mana, yang tahu tu diam-diam saja. Baik akhlak budak ni. Salah seorang sukarelawan Dana Kita juga. Cakap sahaja perlu guna tenaga, dia pasti muncul. Tak pernah ada alasan. Kehidupan sebagai student di ibu kota ni, memang sangat perlu mengikat perut. Serba serbi mahal. Nak beli bahan belajar, print assignment, itu ini, semua memerlukan belanja.

Curi-curi lompat pagar

Sekadar gambar hiasan

Saat students lain minta duit ibu bapa untuk menampung segala belanja, anak bongsu dari 6 adik-beradik ini memilih untuk membuat part time. Bangga betul aku dengan sikap dia. Aku cukup suka anak muda ada sikap begini. Sikap ingin mengubah kehidupan tanpa bergantung pada sesiapa.

Hanya tulang empat kerat dia sahaja. Dia pergi jumpa kontraktor Alam Flora, minta apa-apa kerja yang boleh dilakukan hujung minggu. Dia diberi kerja sapu sampah, cuci longkang dan sebagainya. Waktu kerja dari jam 10 malam hingga 6 pagi. Gaji RM45. Dan dia tak menolak kerja tu!

Bangga gila aku dengar masih ada anak muda kita yang masih belajar sanggup kerja sapu sampah, cuci longkang dari malam sampai ke pagi dengan gaji cuma RM45. Tak ramai anak muda ada semangat seperti ini. Ada, tapi tak ramai. Rules di asrama, selepas jam 7 malam dah tak boleh keluar asrama. Memandangkan dia kena kerja jam 10 malam, dia akan cuti-curi lompat pagar setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

‘Dia rajin, ada semangat’

Nasib dia malang semalam, kena tangkap. Terkejut warden bila lihat lelaki pakai baju Alam Flora kena tangkap. Ingatkan orang luar, rupanya student sendiri. Namun bila disiasat dan tahu hal sebenar, pelajar ini dimaafkan. Dia bukan mencuri. Dia bukan penjenayah. Dia cuma nak mencari rezeki halal.

Cuma tindakan itu tetap salah. Tidak boleh beri pengecualian, namun kami fikirkan jalan lain untuk dia buat part time tanpa melanggar peraturan asrama. Semalam aku jumpa dia dan warden tersebut. Kami bincang lanjut bagaimana nak bantu dia. InsyaAllah, kita akan terus sokong budak ini untuk buat part time. Dia rajin. Dia ada semangat. Dia berusaha. Pasti aku akan bantu.

Ini sikap yang sangat aku suka. Pasti ada jalan kejayaan untuk orang seperti ini. Lambat atau cepat, aku yakin dia akan menjadi seseorang yang disegani kelak. Terus maju jaya anak muda. Terus kental dan gigih berusaha. Aku sokong rapat usaha kamu. Ayuh! Ini semangat kita mahu. Tidak lembik dan tidak mudah mengalah dengan kesusahan hidup dikotaraya. Di suatu pernah, aku juga sepertinya. Melanggar peraturan demi sesuap makan

Sumber: Mohd Fadli Salleh via Oh Bulan via awattsyeikhh

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*