Pejabat Peguam Negara Putuskan Khairuddin Tak Bersalah Pasal Kes Melanggar Kuarantin Covid-19

Kuala Lumpur: Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung tindakan melanggar kuarantin wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan berkenaan dirujuk kepada peguam negara dan memutuskan untuk tiada tindakan lanjut (NFA).

“Kertas siasatan dirujuk ke AGC dan arahan untuk kes ini adalah tiada tindakan lanjut kerana dia tidak diserahkan borang 14 B di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan berkenaan, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap Khairuddin selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki, pada 7 Julai lalu.

Sebanyak 27 laporan polis diterima berhubung perkara berkenaan setakat ini.

Polis sudah melakukan siasatan terhadap Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan media memaklumkan kementerian itu mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin pada 7 Ogos lalu, atas kesalahan mengikut Akta 342.

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*