
KUALA LUMPUR – Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek sangat dikehendaki dalam jen4yah perjudian online itu.
“Suspek beralamat di Blok 25B2-5-8, Miharja Kondominium, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur.
‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis
“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.
Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.
“Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan polis dalam kes ini (menangkap suspek),” tegas beliau.-
Sumber : Malaysia Gazette
Leave a Reply