Pasangan Terpisah 8 Bulan Kerana COvid-19, Akhirnya ‘Bertemu’ Di Majlis Pengebumian Isterinya. Ini Kisah Menyayat Hati Ini

SUAMI di Singapura manakala si isteri pula setia menunggu di Johor Bahru namun kedua-duanya ‘bertemu’ semula selepas lapan bulan terpisah dalam situasi berbeza dan sangat meny4yat hati.

Dalam pertemuan kali ini, si suami hanya dapat melihat sekujur tubuh isterinya yang sudah dikafankan pada Jumaat lalu.

Momen sebak itu diceritakan, Nija Tahar anak kepada pasangan ini menerusi satu perkongsian di Facebooknya sehingga mengundang simpati netizen.

Berdasarkan posting wanita itu di Facebook, ibunya, Saniah Arshad terpisah dengan bapanya yang juga warganegara Singapura disebabkan penutupan pintu sempadan negara sebagai usaha membendung penu-laran w4bak Covid-19.

Ayah Nija tidak dapat pulang ke Malaysia susulan penutupan pintu sempadan negara sebagai usaha membendung w4bak Covid-19.

Malah kata Nija, kali terakhir ibu bapanya bertemu adalah pada sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini pada Mac lalu.

“Setelah 241 hari mereka tak berjumpa, akhirnya mereka berjumpa kembali tapi dalam situasi yang berbeza. Kali terakhir mak jumpa ayah pada 17 Mac lalu.

“Masa tu aku hantar ayah untuk kuarantin di Singapura memandangkan ayah adalah warganegara Singapura. Mak bye-bye ayah kat balkoni dengan menyimpan harapan bertemu kembali selepas dua minggu kuarantin dijalankan,” tulisnya.

Sejak hari itu Nija berkata harapan ibunya untuk berjumpa semula dengan bapanya selepas dikuarantin selama dua minggu tidak kesampaian.

“Dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, mak terus berharap untuk ayah pulang. Setiap kali video call, mak mesti menangis dan tanya bila ayah boleh balik.

“Setiap kali tu kami akan pujuk mak suruh bersabar dan doa banyak-banyak. Sampailah di hujung-hujung hayat mak bila video call mak dah tak tanya lagi bila ayah nak balik,” katanya.

Gambar kenangan Nija (dua dari kiri) dan keluarga bersama ibunya semasa sambutan Aidilfitri pada Mei lalu.

Bagaimanapun, Nija berkata ibunya ada memberitahu bapa mereka bahawa dia tetap akan setia menunggu kepulangan suaminya itu.

“Mak cakap ‘Ani akan tunggu abang balik’ ayat tu sedikit melegakan ayah. Ayah cakap kat aku dengan harapan mudah-mudahan tahun baru nanti ada pelepasan pada orang macam ayah.

“Ayah nak pulang jumpa mak. Ayah cakap tak dapat balik Singapore lagi sampai bila-bila pun tak apa. Ayah nak jaga mak. Tapi kami tak sangka mak akan pergi secepat ni,” katanya.

Ayah sangat tenang, dalam hati ayah hanya Allah je yang tahu tapi air mata ayah gugur melihat jasad mak.

Menurut Nija lagi, ibunya menghembvskan naf4s terakhirnya pada pagi Jumaat lalu.

“Mak tak ada sakit tenat, mungkin mak tak nak susahkan semua orang.

“Alhamdulillah mak pergi dengan tenang, di hari Jumaat, hari yang dia selalu idam-idamkan,” katanya.

Pada masa sama, Nija berkata dia cukup kagum dengan bapanya yang kelihatan tenang sebaik melihat jasad ibu mereka.

Jenazah ibu Nija selamat dikebumikan pada Jumaat lalu.

“Rindu antara mereka sangat mendalam. Aku sendiri tak pasti aku akan dapat lalui situasi macam mereka.

“Ayah sangat tenang, dalam hati ayah hanya Allah je yang tahu tapi air mata ayah gugur melihat jasad mak.

“Ayah kuat sebab ayah nak anak-anak dia sekuat dia dan terima takdir Allah. Tapi ayah, anak-anak ayah tak sekuat ayah,” tulisnya.

Lebih menyedihkan, Nija berkata bapanya menjalani kuarantin wajib selama dua minggu sejurus selepas pengebvmian ibunya.

“Semalam (Jumaat) selepas pengebu-mian mak, ayah terus dibawa kuarantin dua minggu. Aku tak dapat bayangkan keadaan ayah dan adik aku yang masih dikuarantin di Singapore.

“Semoga mereka terus kuat dan tabah. Semoga Allah anugerahkan mereka kekuatan yang luar biasa. Cinta, kasih dan sayang mak dan ayah sangat luar biasa.

“Semoga kami akan berjumpa mak semula di syurga. Kami sayang mak sampai syurga. Al-Fatihah,” tulisnya.

Pintu sempadan negara masih ditutvp – Ismail Sabri

Dalam perkembangan terkini, Malaysia masih kekal menutup pintu sempadan negara kepada warga asing, sebagai usaha membendung penularan pandemik COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dengan terus mengekalkan pelaksanaan polisi ini, warga asing dari 23 negara berisiko tinggi termasuk Bangladesh, tidak dibenarkan memasuki Malaysia kecuali dengan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.

“Bangladesh merupakan salah satu daripada 23 negara yang diperketatkan kemasukan kerana tergolong dalam negara yang berisiko tinggi COVID-19.

“Jabatan Imigresen belum lagi menukar polisi ini atau mencadangkan kepada kerajaan untuk melonggarkan kemasukan (pekerja warga asing),” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan Malaysia sedia mengadakan perbincangan bersama wakil negara Bangladesh berkaitan perkara tersebut.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membenarkan ribuan pekerja warga Bangladesh yang terkandas di negara itu untuk memasuki Malaysia, ketika penularan COVID-19 kini.

Selain Bangladesh, kerajaan turut menutup pintu sempadan kepada Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.

Sementara itu, mengenai peperiksaan Persatuan Akauntan yang disahkan bertauliah (ACCA) dan Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA), Ismail Sabri berkata setakat ini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) belum mengumumkan atau menarik balik kebenaran mengadakan peperiksaan itu.

“Saya difahamkan setakat ini, KPT meneruskan peperiksaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dari segi penjarakan sosial dan tempoh berada dalam peperiksaan juga dihadkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan pihak KPT untuk melihat keperluan sama ada untuk meneruskan peperiksaan itu.

Mengenai majikan yang masih ingkar arahan PKPB dengan mengadakan mesyuarat, beliau berkata majikan boleh dikenakan tindakan termasuk komp4un.

— BERNAMA via trendingsangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*