Pasangan Doktor Ditangkap Khalwat Dijatuhi Hukuman Penjara Seminggu & Didenda RM2,700

KEMAMAN- “Kamu berdua bekerja dalam bidang perubatan, macam mana nak ubatkan orang sakit, soal hidup dan mati orang kalau pegawai perubatan tidak tahu dosa pahala, tidak ada kredibiliti dan integriti?

“Perbuatan menghampiri zina merupakan satu kesalahan serius sehinggakan jika disabitkan kesalahan itu di bawah hukuman hudud. Bagi yang sudah berkahwin boleh direjam sehingga mati,” kata Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman kepada pasangan doktor kerana kesalahan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Mohd Fakhruddin kemudian menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM2,700 terhadap pasangan kekasih berusia 27 dan 26 tahun itu.

Mereka berdepan hukuman penjara dua bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 itu di sebuah rumah di Mak Chili, di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, pada 16 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Mohd Fakhruddin dalam penghakimannya berharap hukuman berkenaan dapat memberi pengajaran kepada pasangan itu dan masyarakat lain supaya tidak menghampiri zina.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pembantu kedai kek yang berstatus janda diarah menjalani pemulihan selama lima bulan di Pusat Pemulihan Wanita di Sabak Bernam, Selangor selepas mengaku salah berkhalwat dengan empat rakan lelakinya pada 21 April lalu.

Wanita berusia 20 tahun itu mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di sebuah rumah tumpangan di Kampung Bharu di sini pada jam 12.25 tengah malam.

Empat rakan lelakinya yang berusia antara 19 hingga 24 tahun itu dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan.

Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah.

Sumber-Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*