“Parti Baru Syed Saddiq Adalah Punca Perpecahan Pengundi Mel4yu” – Tun M

Pada Minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan mantan PM ke 4 & Ke 7 dikritik kerana pandangannya yang menolak penubuhan parti politik orang muda yang akan ditubuhkan oleh anak didiknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mahathir pada ketika itu berkata dia tidak percaya parti pelbagai kaum berasaskan anak muda tidak akan berjaya.

Baginya, rancangan Syed Saddiq itu akan memecahkan lagi sokongan pengundi, terutama dalam kalangan orang Melayu.

“Pasal (kenyataan) tak boleh berjaya, itu politik. Soal saya berhubung dengan dia, itu masih baik.

“Saya kata dengan dia, kalau kita ada banyak parti, kita lawan sama kita, nanti kita kalah. Orang lain nanti menang, jangan pecahkan undi Melayu, itu saja.

“Kalau awak ambil orang muda, orang tua tinggal sini (Pejuang) siapa nak sokong parti baru ini? Habis lah jadinya bila banyak parti,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan itu mengambil haluan berbeza apabila tidak mengikut jejak bekas pemimpin Bersatu lain untuk menyertai parti Pejuang.

Meskipun bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu merupakan penyokong kuat kepada Mahathir dan turut serta mengasaskan Bersatu, namun akhirnya dia mengambil haluan berbeza.

Syed Saddiq yang juga ahli parlimen Muar memberi bayangan akan menubuhkan parti baru berasaskan cita rasa anak muda bagi membawa pembaharuan kepada politik tanah air.

Mengulas lanjut, Mahathir menyifatkan orang Melayu tidak pandai berpolitik.

“Orang Melayu tak bijak dalam politik. Dia pegang kuat pada parti, lepas tu kalau dia tak dapat, dia buat satu parti (baru).

“Dia pecah undi Melayu, bila kita pecah undi Melayu, bukan Melayu menjadi penentu siapa yang akan menang,” katanya lagi.

 

sumber – Malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*